Instagram

Friday, November 22, 2013

Trip ke SABAH 2013 : ( Day 5 ) Pasar Kraftangan, Pasar Ikan Masin , Anjung Senja , Gayang Seafood #kaknatheexplorer

Salam..
kalini aku sambung entry sabah aku utk day 5 plak,
utk hari yg ke-5, aku ngan P's Plan utk shopping ikan masin n barangan kraftangan.
melalu pembacaan aku, kat pasar kraftangan tu harga agak mahal berbanding kt pasar malam.
tapi klu uolls pandai bargain, confirm dapat murah nye..

PASAR KRAFTANGAN



Pasar Kraftangan ni ada banyak kedai2 kecil yg jual kraftangan,brooch,mutiara,t-shirt dan mcm2 lagi..harga mmg boleh tahan mahal..tapi, mcm yg aku cakap tadi..BARGAIN! BARGAIN! BARGAIN!

aku xde pusing semua kedai yg ada, sebab dalam ni serious panas giler..berpeluh2 aku..yelah dlm ni bukan ada aircond pun..kipas kt setiap kedai ada lah..
aku xde shopping apa, cuma beli brooch mutiara yg kecik2 tu, brooch besar ( yg mahal sket ) utk mak aku, FM, keychain,tshirt ( utk adik bongsu aku ), butang baju melayu pearl utk adik lelaki aku, gelang mutiara utk adik pompuan aku. itu sahaja.. :)



aku beli brooch pearl kat kedai akak ni...mmg dia bagi murah..hahahaa memula dia bg harga mahal..pastu mgkin dia kesian tgk muka aku ngan P's berpeluh2, terus dia bagi harga murah..standard harga utk org tempatan ( warga sabah ) kih kih kih



suasana kat luar pasar kraftangan ni, ada deretan mesin jahit n tukang jahit or repair seluar jeans,baju n etc... org2 berniaga jamu, rokok, mainan, cermin mata dan banyak lagi, so jgn terkejut..klu diaorg soh korang beli..klu xnak beli, just senyum jerk :)

PASAR IKAN MASIN

okeyh bercakap pasal ikan masin, korang kena pandai survey..
mcm aku,aku survey harga kat bahagian luar..omak aii..mahal nak mampos ko..bila aku masuk dalam, murah giless harga..

tp klu korang nak yg lagi murah, meh sini aku recommend kt korang..
gerai no.14, nama owner dia Rahim, nama glamour Rahim Remmy..percayalah, dia mmg baik..
if korang pegi sana, sila sebut "Saya kawan ANNA HASHIM, saya tau gerai kamu daripada dia "
confirm..tanpa was-was dia akan bagi discount kaw kaw kt korang, if beli banyak lagi bagus :) laaaaaggiii dapat murahhh....:)

ni lah gerai Rahim Remmy tu..:) jgn malu jgn segan...pergi serbu gerai dia...

sebelah gerai dia, ada gerai ni..

macam nilah keadaan gerai2 yg menjual pelbagai makanan laut kering...


sempat lagi aku bergambar dengan peniaga2 di pasar ikan masin sebagai tanda kenang-kenangan...

dari kiri : Rahim Remmy ( owner gerai no. 14 ), tuan belog , P's , Cajun casanova ( owner gerai berhadapan dgn no.15 ), kakak ( maaf aku lupa nama dia ), abang gerai Ratnah No. 15 ...



ANJUNG SENJA


oleh kerana Malam nnti kami ada dinner dengan Peterson, so aku ngan P's memilih utk makan yg lite2 jerk...aku memilih utk makan di anjung senja..kata KAK ZURA, pisang Cheese coklat kt sana sedap :).. anjung senja ni btol2 berhadapan dengan hotel Promenade..klu drpd pasar ikan masin, jalan je terus sampai hujung jalan..aku berjalan kaki je dgn P's..tak jauh pun :)


pisang cheese coklat ni sedap gilerrrrrrrrrrrrrr...hehehheheeee

makan2 sambil tgk sunset :) cantik kan..oh, anjung senja ni dibuka pada waktu petang :)







HARD ROCK CAFE/SHOP


lepas je kami makan sambil tgk sunset, aku ajak P's balik..tetiba aku teringat tentang HRC..so, aku terus ajak P's pegi, sebab HRC ni terletak bersebelahan dgn anjung senja..
difahamkan HRC ni hanya sementara je, sebab HRC yg sebenar akan berada didalam kawasan shopping mall yg sedang dlm pembinaan.


ni antara gambar2 barnagan n tshirt yg aku ambik.. :)
aku ada rembat tshirt utk diri sendiri utk kenang-kenangan daripada sabah :) ni je yg aku shopping utk diri sendiri..heeeee....
























GAYANG SEAFOOD

pkl 8pm peterson datang jemput kami di apartment, malamni dia nak belanja kami makan seafood :)
Gayang Seafood ni mmg da termasuk dlm itinerary aku..
so aku da jimat disini..hahahaha makan besar

lokasi Gayang Seafood ni terletak di atas bukit, utk kesana kita akan lalu jalan utk ke sepanggar.
di sepanjang jalan sepanngar ni ada gerai2 yg menjual lokan bakar.
ada kisah mistik juga disepanggar ni menurut kata teman peterson, iaitu BALAN-BALAN / Penanggal ataupun nama singkatan B kuasa dua :) hahahahaaa












restoran ni memang luas, ramai orang..rata2 yg datang kesini semuanya dtg utk makan seafood yg segar.. ramai juga org semenanjung yg aku jumpa makan seafood disini :) so jom tgk apa yg kami makan mlmtu..


dimulakan dengan setengah kilo udang stim herba :)



 ikan talapia masak 3 rasa



setengah kilo udang butter ( cair )



sup isi ketam bersama jagung



siput tarik :) aku cuma mkn satu..sebab utk rasa jerk..hahahahaa aku x boleh terimaaaaaaa....


sayur pucuk manis, aku lupa nak snap gambar.....
mmg keknyangan la aku mlm tu...nak pecah perut makan seafood :)
berapa jumlah semuanya...MAAF, aku x boleh jawab sebab org belanja..hahahahahaa

nilah dia gambar org yg bertanggungjawab belanja kami makan seafood malam tu.. 
nama dia Peterson, dia seorang lawyer, sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata :)
hehehehee..melepasssssss la korang..


terima kasih peterson sebab belanja kami makan sedap :)
insyaallah panjang umur kami akan menjejakkan kaki lagi ke bumi sabah ni :)





bersambungggg....................
aku chow dulu.......nak makan nasi dagang..hehehehee

4 comments:

  1. Bestnya jalan2 kat sabah...tapi geli tengok belut tuh...

    http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee ye kak..mmg geli sangat tgk belut tu..hahaha tapi sedap... so, jangan panggil belut tp panggil je unagi..cnfirm x geli da klu kita nak makan..:)

      Delete
  2. wey akak suka ok siput tarik tuh, akak ratah gitu jer... pisang goreng cheese tu pun mmg terbaek sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaahaa kedua dua tempat ni ana pegi sebab terpengaruh ngan blog akak la..hahahahaha siput tarik tu ana x boleh terima sebab ana nampak isi dalam dia..hahahahaaa terus semacam je rasa dia...kenyal..hahahahaha
      pisang cheese tu mmg sedaaaaaaap sangat2...

      Delete

bg laluan yang cun komen dulu!..=,='