Contributors

Thursday, October 27, 2011

perasaan wanita! lelaki WAJIB baca..

salam manis haibeautiful. harini kita bercerita pasal perasaan wanita..
org lelaki mmg WAJIB baca entry ni..
selami hati wanita, anda pasti akan mengerti =)


No. 1
Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis
di dalam hatinya.

No. 2
Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

No. 3
Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang
orang yang paling dia
sayang(sebab tu ramai wanita yang patah hati bila
hubungan itu putus di
tengah jalan).

No. 4
Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang
lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

No. 5
Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke
dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

No. 6
Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau
macam mana nak
menerima pujian.

No. 7
Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu
separuh mati, tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu
bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa
saja.

No.8
Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu
selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu
masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur
dia perlahan-lahan.

No.9
Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati
mereka.

No. 10
Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni
langsung tak berguna.

No. 11
Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

No. 12
Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam
memberikan respon positif, misalnya menghubunginya
melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh
seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai
sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita
tersebut.

No. 13
Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.
Jadi jangan senyum
sebarangan.

No. 14
Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan
dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu
dengan lebih mendalam.

No. 15
Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap
kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat
denganmu.

No.16
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu
atau menunggu
panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

No. 17
Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya
dia sendiri!!

No.18
Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering
tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

No.19
Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

No.20
Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama
yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

No.21
Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya
tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di
tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

No.22
Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan
harinya.

No.23
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa
dan lalui.

No.24
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan
mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling
cantik.

No.25
Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan
kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

No.26
Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan
mereka sepenuh hati..

No.27
Senjata wanita adalah airmata!!

No.28
Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya
mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar
kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan
ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

No.29
Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat
tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak
memikat wanita pandai-pandailah...

No.30
Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang
dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



No.31
saya belum fikirkan lagi, nanti da fikir baru saya updated disini..kah kah kah kah

wanita & warna..check it out!

salam manis haibeautiful semua..=)
wanita & warna? pernah kah anda semua terfikir?
sila semak k...
tulisan SYE pun sampai berwarna warni ni..
hehehehehe SYE minat semua warna la..
camne tu?
 
 
UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.


KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.


MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.


BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia paa suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.


KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.


PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.


COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.


HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.

jodoh & petanda nya..

salam manis haibeautiful semua...
kalini kita birdiskusi tentang jodoh & petandanya plak k..
alahai....da mcm pakar motivasi plak aku ni..
cebaca cebaca..ceciter ceciter....
hehehehheehee


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti
memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal
antara keduanya. Hanya dengan menatap mata
atau mendengar suaranya, kita akan merasakan
getaran dan seolah ingin terus bersamanya.
Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar
seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh
(soulmate) kita atau bukan? sila read more..

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki
usia hubungan yang panjang adalah dengan
adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu
dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu
dapat melalui segala aspek kehidupan secara
bersama-sama. Dan semuanya terasa amat
menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan
orang lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada
harapan bahawa dia adalah calon pendamping
hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau
tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan
adalah kemampuannya bersikap bersahaja di
depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah
gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya
mengesankan apa adanya? Apakah setiap
ucapannya selalu tampak spontan dan tidak
dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar
dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua
dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia
dapat saling membaca fikiran dan menduga
reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada
situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah
destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan
tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu
dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua
kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun.
Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam
hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah
dia orang pertama yang datang memberi bantuan
tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu
faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi.
Dialah orangnya...


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga
kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat
bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau
begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima
kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan
kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia.
Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun
tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama
dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya
kepada kamu tentang kelemahan dan
kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya
disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di
tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat
kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak
dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya,
maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan
sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu
temukan padanya

man VS love?


salam manis haibeautiful semua....
pernah tak korang terfikir pasal hati lelaki?
kalau x pernah cuba check entry ni..
jeng jeng jeng.......

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang
lelaki,yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan
romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang
dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami
adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa
wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya,
seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki
terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.

Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka.
Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari
pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat
membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan
menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaannya pasti tidak akan melayan perempuan
lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan
kekasih atau isterinya.

janganlah ada BENCI!

salam manis haibeautiful semua...
cuba korang buat benda yg sama ni dengan BF ke, kawan rapat ke,tunang ke, suami ke..
tgk pe resultnyer..
selamat mencuba k..jgn ada yg terluka plak nanti
=)


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir... "Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya."Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahua'lam...

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."

usia SYE!!!!

salam manis haibeautiful semua...


SYE mmg mengambil masa yang lama utk mengupdated blog SYE ni..
ye! SYE tau SYE agak pemalas...
uhuhuhuhuhuuu bukan MALAS la, TP agak super duper BUSY sejak 2 menjak ni..


urmmm....seperti yang sedia maklum, semalam 26th october 2011 adalah birthday SYE yg ke 26..
ahhhhhhh.....nombor meningkat dari 1 thn ke thn2 yg lain..
terasa semalam berjalan seperti menjunjung "USIA" diatas tangan..
apa pencapaian SYE selama ni?
adeh...tak perlu tanya lah! hahahaha
kt sini ada beberapa list yg SYE nak buat utk pencapaian dalam hidup =)



1- berkahwin sebelum usia 30thn 
2- membeli sebuah rumah ( yg da sedia ada tu utk mak + abah SYE la...)
3- menunaikan fardu haji (insyaallah)
4- membeli sebiji kereta lagi
5- melancong ke luar negara selain thailand, vietnam,indonesia ( sebab da pegi kot )
6- mempunyai bisnes sendiri
7- dapat bergambar bersama2 player MAN.UNITED di old trafford! yeeeehaaaa....
8- melakukan perkara yg disuruh agama serta meninggalkan kemungkaran utk bekalan hidup di akhirat kelak, insyaallah..
9- setakat ni dulu kot yg dapat SYE fikir..agak2 nanti SYE da tau apa lagi yg nak ditulis, SYE updated k..=)




bye, assallammualaikum..tak jawab berdosa, klu jawab SAYANG....=)




Friday, October 21, 2011

SYE SUKEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.........

salam manis haibeautiful semua =)

entry kalini mmg agak simple jerk..
hahahahhaaa...

SYE SUKEEEEEEEE baca & follow BLOG org lain..
kenapa?

jangan ditanya kenapa...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 kan dah cakap jangan diTANYA..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haishhhhhh.....
kenapa masih berdegil?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OKEY, baiklah....


sebab....
.
.
.
.
.
.
.
mereka mmg BEST :-p
ngeeeeeeee..
senyum tak perlu kata apa2....=)

Thursday, October 20, 2011

kerjaya baru....

salam manis haibeautiful semua...
=)

SYE nak share something yg important & menggembirakan dgn korg semua...
SYE da dapat kerja baru..mmg happy sangat =)
hopely SYE dapat memberikan perkhidmatan yg terbaik di tempat kerja yg baru ni..insyaallah..

SYE berkhidmat di SHAPADU SDN BHD...
salah satu company BUMIPUTERA yg berjaya =) & 99.9% pekerja nya adalah anak2 MELAYU..
SYE mmg da lama mengimpikan dapat bekerja dgn company BUMIPUTERA yg berjaya & setanding dgn company2 yg lain..waaahhhhhh...kelass gitu, hahahaha since da dapat bekerja dgn company yg boleh dikatakan "besar" ni..SYE sibuk dok fikir nak beli baju baru..hahahhahaa yeayyyy...al-hamdulillah, dapat la beli sehelai dua baju baru..

hopely, SYE dpt memberikan perkhidmatan yg baik & dpt memberi contoh yg baik kpd semua pekerja...
AMIN....


wish me luck guys!

abaikan perkataan mudah tu..hahahahhahaa nanti SYE upload gambar yg lain k..=)

need vacations!!!!!

salam manis haibeautiful semua...

hahahaha belum pape lagi SYE da gelak, yelah kan entry kt atas tu bunyinya macam tensen jerk kan...
hahahaha desperated sangat nk pi vacations ni..
yelah b4 this once a year mesti bercuti kt pulau anywhere but sekitar malaysia jerk..but tahun ni??????? auwwwww sodih din..
but i have my own goal!
hahaha i akan lebih bersemangat untuk pergi bekerja bila i dah set kt my mind
"oh, kena kumpul duit! nak pi bercuti jugak"..hahahahaaa
hopely korang semua doakan SYE k...

ah! SYE x kisah pun pergi bercuti kt mana2..
asalkan SYE puas..hehhehehe dapat release tension!

tp, SYE teringin nak pergi ke perhentian island, yg mcm dalam gambar ni...
CETENGOK! CETENGOK!


nak sangat pergi kt tmpt ni............


hopely dapat pergi sini..kena kumpul duit banyak2...






tp, klu dapat pergi GENTING HIGHLAND pun boleh la...drpd xde kan..hahahahhaa
lgpun SYE mmg sukakan genting highland ni..
sejuk & terasa macam kt luar negara..hahahhaaa
nak pi overseas mahal sangat..seb baik malaysia ni ada tempat yg sejuk2 jugak..=)
LOVE MALAYSIA, semuanya ada disini..hahahahahhaa


cantik kan??? tan sri lim goh tong ni mmg bijak & genius..





dapat naik benda alah ni, mmg best!