Contributors

Wednesday, October 12, 2016

Panuba Inn Resort, Pulau Tioman 2016

Sunsets from jetty Panuba Inn, Pulau Tioman 2016

Salam Ukhwah :)

seperti tahun2 yang lalu, Tioman Island adalah destinasi wajib untuk i lawati, tahun ni adalah 3 tahun berturut-turut i ke Panuba Inn Tioman & kali ke-6 i ke Pulau Tioman.
i ke Panuba seramai 8 orang termasuk seorang budak kecil yg cute & cheeky. kiranya ni adalah reunion untuk kami. bagi yg dah lama follow blog i, mesti ramai yg tahu i memang suka pulau :) ala2 beach girl.

Tak banyak yg berubah tentang Panuba melainkan setiap tahun i ke Panuba mesti ada kelainan dengan Jetty dekat Panuba ni hehehehe nanti i tepek gambar jetty Panuba daripada tahun 2014,2015 & 2016. Harga juga sudah berubah ( sedikit meningkat kerana ada weekend sur-charge ) hehehe serta agak kecewa dengan tahap kebersihan air. huhuhuhu harap2 pihak Panuba Inn dapat meningkatkan tahap Kebersihan Air serta tahap kekemasan bilik. secara keseluruhan bagi i O.K.


Jetty Panuba Inn 2014

Jetty Panuba Inn 2015

Jetty Panuba Inn 2016
2014 - Jetty Panuba Inn ada bumbung yg luas, ada tempat untuk duduk melepak.
2015 - Jetty Panuba Inn ada bumbung kecik je & tiada kerusi.
2016 - Jetty Panuba Inn tiada bumbung & tiada Kerusi

tapi 1 je yg tak berubah. kami masih enjoy swimming, snorkeling , & terjun daripada jetty sahaja :)
ikan banyak, coral pun ada. yg paling penting coral berwarna Pink! tapi hati2 kerana banyak sea Urchin ataupun dikenali sebagai Landak Laut.

Day 1 -

Kalini kami naik ferry daripada jetty Tg. Gemok. Untuk ke Pulau Tioman ada 2 jetty yg boleh kita naik. Tg. Gemok ataupun Jetty Mersing. biasa kami naik daripada Jetty mersing. tp disebabkan keadaan pasang surut air laut kami terpaksa naik daripada jetty Tg. Gemok.

I naik bas daripada Terminal Larkin dengan seorang Kakak yg dtg drpd Penang. I jumpa dia didalam Group FB Backpackers Buddies Malaysia. I naik Bas pkl 12.00am sampai jetty around 2.00am!

Merasa la i jadi gelandangan dekat Tg. Gemok. jangan risau ramai yang tidur dekat Jetty ni. hehehee

2.00am i da terpacak dekat Tg. Gemok, Rompin!


Jadi Gelandangan sementara tunggu Ferry Pukul 11.30am!
dalam Ferry, i tak dapat tidur sangat walaupun i betul2 mengantuk. sebab excited! i sangat2 rindu nak swimming dekat laut. kejap2 i terjaga.. terasa lama sangat nak sampai dekat Panuba Inn ni.

dalam Ferry, otw nak ke Tioman!

Untuk ke Panuba Inn, kita semua akan diturunkan di jetty Kg. ABC. daripada sini boat kecil akan datang jemput kita untuk ke Panuba Inn! sebab tu Jetty Panuba Inn masih belum tercemar kerana Ferry besar tak boleh lalu., Coral & Ikan masih banyak dan cantik. Panuba Inn Please jangan berubah!

Auntie Anna with Nur Hana Rania! masa tahun 2014 Hana masih lagi dalam perut mommy dia masa mommy dia dekat Panuba Inn. so Hana balik kampung.
Sampai Je Panuba, Check In. Makan, masuk bilik dan terus berehat. sebab pkl 5.00pm kita nak terjun laut! yeay..

pkl 5.30pm masa yang ditunggu2. lets go to beach baby!


layan Sunsets dengan mereka semua :)



Hana dia taknak mandi tepi laut ok! dia nak jugak follow i terjun laut. such a brave baby this young lady!

Day 2 -

Routine i pagi2 kalau dekat pulau, i akan bangun seawal pagi & buat morning walks! Subhanallah memang cantik pemandangan, udara yg segar + bunyi ombak memang music yg menenangkan halwa telinga! kemudian i kejutkan kawan2 untuk breakfast :)

yes, ni kaki i :) hahahhaaa



Aktiviti Snorkeling seawal 10am. yes! mmg fav i. jom kita cari cari Nemo.
tengok corals + mandi sepuasnye.

Ikan biru ni lawa!

Pink colors i sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tengahari Lunch dekat Kg. salang.
i penah stay Kg. salang ni :) i stay dekat Salang Sayang Resort.

Dahi seluas Lautan heheheheee




Jump Anna Jump!
Gedebushhh jatuh mcm nangka busuk. hahahahaaaaa




Balik daripada snorkeling sambung berendam dekat jetty plak :) heheheheee kami semua memang hantu air!


Malam just buat aktiviti makan, melepak bersembang dekat jetty. kemudian sambung plak tepi pantai depan unggun api :) hehehheee

Day 3 -

Macam biasa bangun awal pagi, tapi cuaca kurang baik. hujan + gelombang kuat. so tak boleh nak terjun jetty huhuhuhu. ombak kuat sangat2. so, i just main hujan je.

Peace ida :)

Kalau cuaca kurang ok, kitaorg ingat nak extend 1day lagi. tp tghari cuaca da o.k. Alhamdulillah :)

hana with Mommy :) susah betul nak smile cik Hana ni.. hehehheee

posing dulu sebelum naik boat ke jetty Kg. ABC


Sayonara Panuba Inn, Tioman. next year kita repeat lagi :)

Package 3D2N ( SD Rooms 2 katil queen x 4pax ) RM395/pax
Package 3D2N ( SD Rooms 1 queen + 1 single x 2pax ) RM415/pax
Package 3D2N ( D Rooms 1 queen x 2pax ) RM375/pax


Monday, March 7, 2016

5 ways to heal your broken hearted

i tulis ni melalui pengalaman i putus cinta dulu. lain orang lain cara dia handle broken hearted. after few broken hearted yg i lalui. 5 ni antara cara yang terbaik utk ubat kesedihan tu. :)
ingat, setiap masalah ada cara penyelesaiannya.. cuba pandang sesuatu masalah tu daripada sudut yang berbeza sebab semua tu pasti akan berlalu.
good luck girls!

POSITIVE
Saat macamni memang keadaan emosi kita tidak menentu. Kadang2 kita boleh gelak dan kadang2 kita boleh menangis. Kerana kita terlalu memikirkan perkara yang sudah terjadi. Jadi please stay positive. Kalau boleh banyakkan membaca buku-buku motivasi. Yang paling penting kembali pada tuhan. Insyaallah kau akan tenang setenang nya. Ini adalah ujian daripada DIA untuk kau lebih dekat padaNYA. Menangis lah puas2, jika itu cara yang boleh mengurangkan kesedihan.

AKTIFKAN DIRI
Inilah masa yang sesuai untuk kita lakukan semua aktiviti2 yang kita suka! Bagi yang sukakan aktiviti lasak “adrenaline rush” di Malaysia ada banyak tempat2 yang boleh dilawati. Google sahaja, nahhh semua info terhidang didepan mata. Semua berada dihujung jari. Bagi yg sukakan pulau, di Malaysia ada banyak pulau2 yang cantik drpd semenanjung hingga lah ke sabah & Sarawak. Yang sukakan hiking boleh try join group hiking. Mana tahu mungkin kita akan bertemu kawan baru. Jangan takut untuk berkawan semula J kita semua berhak untuk hidup gembira.

ME TIME
Inilah masa untuk kita lebih mengenali diri sendiri. Manjakan diri kita dengan perkara2 yg membawa kebaikan. Apa yang kurang kita perbaiki.window shopping, manicure pedicure, SPA SPA & SPA manjakan diri dengan urutan yang menyegarkan badan, body scrub. Percayalah bila badan kita cergas, bersih da lawa keyakinan diri kita juga akan meningkat. Sedikit sebanyak dapat mengubat luka dan lara hati tu. It works!

TRAVEL
Nah, jika dahulu mungkin pergerakan agak terbatas. Inilah masa yang paling sesuai untuk travel. Explore dunia luar. I sendiri mengaku, I start travel masa I putus cinta dulu hehehehe. I travel selama 3 minggu! I gunakan jalan darat. Masa tu baru kita tahu tahap kemampuan diri kita yang sebenar. Jangan travel sendirian. Nanti jiwa akan semakin lara. Kalau boleh biar berteman J

FAMILY & KAWAN

Hilang kekasih tidak bermakna kita juga hilang keluarga dan kawan2. Tebus semula masa-masa kita yang hilang bersama mereka. Percaya lah hanya mereka yang dapat mengubati hati kita. Lakukan aktiviti bersama-sama. Luahkan segala masalah dan kesedihan kepada mereka. Sekurang-kurang nya masih ada bahu untuk kita bersandar dan masih ada insan yang sanggup mendengar dan berkongsi rasa kesedihan bersama-sama. J good luck girls!

Sunday, March 6, 2016

Sembang Kosong #part2

Last time i madly deeply in love i rasa tahun 2010, yg i ingat masa FIFA worldcup. hahahaha
see nampak tak benda yang i betul2 tak nak ingat dah sebab i got my heart badly broken! 
after that tragic heartbreak, i sedar apa yg i buat before this salah! i was so wrong for being so in love, wrong for holding on for too long, for not moving on, for punishing myself ( after so many penipuan but i still forgive him!!! Hahahahaha Cinta mati kawan I cakap ), for not realizing what i truly deserve. sorry, Anna!. i dera diri sendiri. ( 5 tahun da berlalu 😁😁 )
After kejadian tragis frust menonggeng tu I jadi seorang yg sgt2 berhati2. Sampai I x sedar umur Makin meningkat but I x Penah Kenal or berkenalan dgn mana2 lelakiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ n Mak I plak x Penah push I utk berkahwin. I love you Mak! Masa I frust menonggeng tu Mak I x Penah Tanya lgsung. Dia Jenis yg tak akan paksa anak2 dia bercerita. Cuma I nampak dia risau sebab I x lalu Makan. Klu boleh I xnak benda ni jadi Lagi Kat I. Sakit hati yg I rasa tu rasa dia macam hati I ni kena tembak dgn machine gun bertubi-tubi tanpa belas kasihanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ hahhaha
Setiap org ada pengalaman msg2 rite?
Kawan2 I mostly semua da berkahwin n Beranak pinak. Kadang2 jealous tu mmg ada. Lagi2 bila tgk kwn2 updated pasal perkembangan anak2 dekat FB,instagram.
I je mereput sorg2 dekat rumah sambil tgk gelagat anak2 kawan I dekat FB n Instagram. Forever alone habis la. LOL!
I pun da lama x update blog sebab kekangan masa, I Malas nak menaip n I tak tau nak sembang apa πŸ˜‚
Tp lumrah manusia lagi2 perempuan, fitrah wanita utk dilindungi Dan disayangi.
I Jenis ego yg susah nak tunjuk rasa Sayang I, Mgkin I x tunjuk dengan kata2 tp perbuatan. Ada mcm2 Cara utk Kita tunjuk rasa Sayang tu. X semestinya kena ayat puitis bunga2 tiap masa..hahaha I pun rimas πŸ˜‚
I plak mmg Jenis kasar tp hati I lembut tauu! πŸ˜‚ kadang2 Kita tak sedar yang Kita secara tak sengaja suka n Sayang seseorang tu. Perasaan ni mungkin Kita boleh tahan n sekat tp Kita x boleh nak menipu diri sendiri. Siapa setuju Sila angkat tangan😁
Hey you! I da tersuka u Tanpa sengaja. I pun x tau Sejak bila. Alangkah seronoknya klu Kita boleh luahkan semudah ni. Lagi2 org yg Jenis ego ni dia tak kan Mudah nk tunjuk or luahkan perasaan dia. Dia akan tunjuk sikit demi sedikit. Come on la.. Klu org tu ada perasaan dia mesti perasan n dapat rasa kan... Melainkan jika org tu mmg x berminat or mmg BengapπŸ˜‚
I Pelik tgk lelaki or perempuan yg mampu nak bahagi kasih dengan ramai orang. Dlm erti kata lain curang. Sebab I bukan Jenis Pandai curang2 ni. Apatah Lagi nk kena bahagi kasih Sayang,nk kena cover Sana sini. Penat hoiiiiii...
Pesanan I pada semua, jgn Bagi harapan palsu. Lagi2 org lelaki, jgn Cuba main2 kan hati perempuan, jgn hanya tahu nk enjoy je tp xde niat nak halalkan hubungan tu sbb one day u akan bergelar seorang ayah,bapa kepada anak perempuan u. Apa perasaan u if anak perempuan u dipermainkan dengan org lelaki. Masa tu baru u akan tahu sendiri perasaan tu macam mana.
Eh, panjang pulak I sembang. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Kita sambung sembang kosong #part3 plak ye.




Thursday, March 3, 2016

Philippines 2015 : Boracay Hotel G-Suite & Day 2

Last entry bila aku smpai je Boracay, masa tu da petang. Eduard Maisa da tunggu kami dekat tepi pantai and kami terus naik tricycle. 1st time aku naik mmg excited and dlm masa yg sama rasa mcm nak jatuh pun ye jgk sempat agak sempit, dengan beg yg berat n banyak hahahahahaha..

Aku n kwn2 memang tak booking hotel langsung. kiranya trip redah jelah. lagipun bukan peak season so x perlu risau sangat la. ikot plan asal nak stay La-Carmela, tapi disebabkan kami malas nk pegi cari so stay jelah dekat G-Suite Hotel, terletak di station 3.

Oh, Boracay ni ada 3 bahagian. Station 1, Station 2 & station 3.
check in hotel and kami terus pegi dinner dekat D'Talipapa. jalan kaki je drpd station 3 ke station 2. D'Talipapa terletak di station 2. sambil jalan sambil tgk keadaan dekat boracay. disebabkan malam so aku still x nampak lagi keindahan laut Boracay yg 3 layer color katanya..

malam 1st kami dinner seafood. dekat D'talipapa ni ada market yg jual seafood. so utk tidak kena tipu kami just bg eduard duit & dia pegi beli seekor ikan merah, udang 1/2 kilo, sotong 1/2 kilo, ketam 3 ekor. harga around 1200php. kemudian dia terus bawak ke restoran yg menyediakan masakan halal.
kami memilih ikan masak goreng biasa je, udang sweet n sour, sotong deep fried n ketam steam garlic sahaja. masakan ok la..jgn lah expect mcm mkn seafood dekat chinese restaurant or thai restaurant hahahhaaa kira ok n still boleh diterima anak tekak. aku mmg enjoy makan seafood hehheheee.

habis dinner, kami terus jalan balik sebab msg2 penat n nak mandi, singgah ke 7eleven sekejap utk beli air n aku beli plug adapter. oh, disana pun ada roti gardenia :)...
balik hotel mandi,buat pape yg patut n terus goal.

kesokan pagi, awal2 lagi eduard da terpacak kt depan hotel... hahhaaaaa
aku terus bgn cuci muka, gosok gigi n terus bersiap2 utk buat xtvt.


OTW utk snorkeling :)

1st xtvt adalah snorkeling. kami dibawa ketengah laut. then snorkeling. hahahahaha
aku xnampak pape pun coral yg menarik.
ikan adalah beberapa kelompok. klu mcmnilah gayanya snorkeling dekat pulau dalam malaysia laaaaagi heaven.. tapi klu sekadar nai basah2 kan badan, mandi air laut boracay.. boleh la :)
kami kt sini tak lama pun, settle bergambar kami pun pegi ke tempat lain.

ni lah eduard. tour guard yg menjaga aku dan kawan2 semasa di boracay :)




next, story pasal magic island.
10m cliff jumping, ada berani?

Tuesday, March 1, 2016

CIMB Card Promotion di ZALORA


Bila sebut je ZALORA, I rasa semua orang mesti tau. Baik yg perempuan mahupun lelaki. Klu perempuan memang akan excited bila dengar ZALORA. Cukup buat perempuan senyum sampai ketelinga. Tapi kaum lelaki pun apa kurangnya! Abu’s knowledge pasal ZALORA lagi bagus daripada I J hahahaha, dia tahu semua benda yang ada jual kat ZALORA. I syak Abu’s selalu shopping dengan ZALORA.



ZALORA semestinya peneraju utama destinasi fesyen online, yang sememangnya cukup terkenal dengan koleksi barangan fesyen yang meluas merangkumi aneka pilihan pakaian, kasut, beg dan aksesori dari jenama-jenama antarabangsa dan tempatan. Yelah, zaman sekarang ni teknologi semua dihujung jari, hanya dengan sekali klik sahaja kita dapat berbelanja dengan pantas, jimat masa tenaga dan duit minyak + tak perlu menempuh jammed!
Menerajui penjualan barangan fesyen secara online di Malaysia, ZALORA merupakan satu nama yang dipercayai ramai dan telah melakar beberapa siri penjualan yang cemerlang. Bukan itu sahaja, nama ZALORA juga turut dikenali kerana telah banyak berkolaborasi dengan pereka-pereka fesyen terkenal tanah air seperti Jovian Mandagie, Rizalman, Melinda Looi dan ramai lagi!
Oleh itu, untuk menghargai sokongan para pembeli setia yang sentiasa bersama ZALORA sejak tahun pertama di perkenalkan di Malaysia, ZALORA sering memberikan tawaran dan promosi hebat yang menguntungkan. Kini, para pembeli berpeluang menikmati tawaran hebat dengan memiliki barangan idaman mereka daripada jenama-jenama terkemuka dengan harga yang lebih murah!



Salah satu promosi yang ditawarkan di ZALORA adalah CIMB Card Promotion khusus untuk pemegang CIMB Bank Cash Rebate Platinum MasterCard dan Kwik Card. Tawaran sebanyak potongan sehingga 25% ini boleh anda nikmati apabila membuat pembelian di ZALORA dengan menggunakan kad tersebut.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus kerumah anda dan juga boleh membuat pulangan secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Tunggu apa lagi? Rasai pengalaman membeli-belah dengan mudah dan menjimatkan dengan tawaran ZALORA CIMB Card Promotion sekarang!

happy shopping guys! :)