Contributors

Wednesday, October 25, 2017

Simple Guide untuk ke Koh Lipe



Siapa yang follow blog lama kekna, mesti semua tahu yang kekna memang sukakan laut. tersangat suka. hampir semua destinasi percutian kekna didalam or luar negara adalah Laut. tiap2 tahun rasanya tak lengkap jika tidak turun ke laut.

Koh Lipe adalah destinasi percutian kekna yang seterusnya. Sedikit Info tentang Koh Lipe. 


TAMAN LAUT NASIONAL TARUTAO

Koh Lipe adalah Salah satu pulau yang terdapat di Thailand diberi jolokan Maldives of Thailand, yang terletak di lautan Andaman, bersebelahan dengan Malaysia. Koh Lipe telah diwartakan sebagai sebahagian Taman Laut Nasional Tarutao.

CRYSTAL CLEAR WATER

Koh Lipe terkenal dengan kejernihan air laut nya & terumbu karang yang cantik (crystal clear). Kekna rasa warna air lautnya mungkin sama dengan air laut di Boracay!. di Boracay warna air lautnya adalah 3 layer.

3 PANTAI

1) Pattaya Beach
Pattaya Beach sangat sesuai kepada yang sukakan hiburan!

2) Sunrise Beach

Disini lebih santai dan persisiran pantai & lautnya yang lebih lawa & tenang. Dikatakan area Sunrise Beach ni agak berangin.

3) Sunset Beach

Dikatakan Sunset disini antara yang tercantik. wow, kekna tak sabar nak tengok sunset yang lawa. dulu semasa di Boracay, kekna tak berpeluang untuk menikmati keindahan sunset disana. dalam memori kekna, sunset di Tg. Aru, Sabah adalah yang paling lawa kekna penah saksikan.

BAGAIMANA CARA UNTUK KE KOH LIPE

terdapat 3 cara untuk ke Koh Lipe.

1) Flight

menaiki flight ke Hatyai, daripada hatyai menaiki Van untuk ke Jetty Pakbara & seterusnya menaiki speed boat ke Koh Lipe.

2) Train/Drive/Bas

jika daripada Malaysia, boleh menaiki Train,Bas ataupun menaiki kereta terus ke Hatyai, kemudian ke Jetty Pakbara & seterusnya Menaiki Speed boat ke Koh Lipe.

3) Ferry/Speed Boat

Boleh menaiki Ferry/Speed Boat terus daripada Langkawi. 


BILAKAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK KE KOH LIPE?


HIGH SEASON : November sehingga awal bulan May. (disarankan untuk menempah awal hotel & juga pengangkutan)


PEAK SEASON : 15 December sehingga hujung bulan February. (kebanyakan hotel & juga pengangkutan-ferry akan fully booked sebulan awal! jadi rancanglah percutian anda dengan betul)


LOW SEASON-dikenali sebagai green season : May sehingga October. wlupun ferry masih beroperasi pada waktu ini tetapi ada juga resort/hotel yang tutup. kebanyakan inilah waktu yang sesuai untuk resort/hotel membaikpulih ataupun menaiktaraf resort/hotel masing2. 



PENGINAPAN
Kekna telah menempah 2 tempat penginapan. ini adalah backup plan kekna. Kekna menempah Hostel & juga Guesthouse. Jika tiada apa2 masalah mungkin kekna akan pergi berempat & kekna akan stay di A+ Hostel. Jika kawan kekna tidak jadi ikut kekna akan stay di The NOI Gusethouse.

Hostel & Guesthouse yang kekna tempah terletak di bahagian tengah & berdekatan dengan Walking Street.


AKTIVITI

Di Koh Lipe antara Aktiviti yang disarankan adalah ( mengikut pembacaan kekna dibeberapa Blog)
1) Dive
2) Snorkeling
3) Kayak
ini adalah antara aktiviti yang wajib bila berada di Koh Lipe.

persiapan kekna untuk kesini tak banyak. sebab Koh Lipe tidak la terlalu jauh daripada malaysia. mungkin sebulan sebelum pergi kekna akan settlekan hal transportation & juga Pertukaran wang. untuk itinerary pula, free & easy memandangkan kekna cuma berada selama 3hari 2malam sahaja di Kohlipe. manakala 1malam lagi di Hatyai.


kekna harap sedikit perkongsian kekna ni memudahkan semua untuk merancang perjalanan & percutian ke Koh Lipe. Selamat bercuti :)