Contributors

Tuesday, November 3, 2015

Philippines 2015 : Boracay - Day 1

Bila sebut je "Boracay" benda pertama yang muncul adalah laut yang cantik dan membiru serta pasir pantai putih yang halus. memang kena dengan jolokan antara pantai yang tercantik dunia.
sebenarnya trip ni dirancang kurang drpd masa sebulan. semuanya secara spontan kerana trip Aussie cancel dan digantikan dengan Boracay.

sebenarnya plan asal route ni adalah KL - Kalibo ( Boracay ) - Manila - Batanese - Manila - KL.
so bermula lah episode menggoogle segala info utk ke batanese. kerana tidak ramai yg sudah kesana + kos yang agak mahal. batanese memang cantik seperti pemandangan di New Zealand. Aku mula menghantar email kepada seorang blogger Philippines yang menulis tentang cara yang mudah dan murah untuk ke batanese. lama jugak untuk menunggu dia reply. bila dia reply dia mengatakan time aku nak pergi ke batanese agak tidak sesuai kerana ribut thyphoon. dan meminta untuk aku Re-consider untuk pergi ke batanese. Philippines memang terkenal dengan musim thyphoon.

So, kami pun membuat plan B. route kami adalah KL- kalibo ( Boracay ) - Cebu - Oslob - Manila - KL. kami pun mula membeli Flight Tix Kl-Kalibo ( AA ), Kalibo -Cebu ( Cebu air Pacific ), Cebu - Manila ( Cebu air Pacific ) serta Manila - KL ( AA ). semua flight Tix kami beli dengan harga promosi.
hanya berbekalkan lebih kurang 3 minggu kami mula membuat research mengenai Boracay, Cebu , Oslob dan Manila. hasil maklumat rakan2 backpackers, serta bantuan rakan2 yg lain maka pada tarikh 9sept - 15sept aku ke Philippines.
kami mengambil keputusan untuk park kereta di Putrajaya Central kerana kadar parking rate nya yg murah serta berpatutan, parking berbumbung dan 24hour security guard. terus mengambil Train laju ke KLIA2

Kaki Itik benda Wajib bawak klu ke island, tp harus Check in di kaunter dan hantar ke area Oversized Baggage. ( tak lepas masuk Cabin ye kawan2 )


Muka Excited la tu  :)



untuk makluman semua Flight AA drpd KL - Kalibo cuma ada sekali je sehari. ETA mengambil masa lebih kurang 4 jam. memang agak boring. pengalaman pertama berjalan ke departure gate yg betul2 terletak dihujung jalan.. mmg penat menapak membawa bekpek yg seberat 10KG! hahahahaha bekalan untuk 7 hari dinegara orang.
akhirnya pada pukul lebih kurang 2.20pm waktu malaysia ( malaysia dan Philipines tiada perbezaan masa, cuma malam lebih awal serta subuh pun awal, sama seperti sabah dan sarawak ) kami pun tiba di International Airport Kalibo. kecik je Airport ni. turun je drpd Flight aku tgk muka org Philippines ni sama je mcm muka org malaysia hehhehee... xde beza pun. aku confused masa tu, aku ni masih ada kat malaysia lagi ke..

kena beratur agak panjang, kemudian hanya 2 kaunter saje yg bukak. huhuhuhu... rasanya lebih kurang stgh Jam jugak la amik masa untuk lepas imigration sana. bila passport dah di cop lega sgt rasa.. kami pun terus ambil begpek dan alatan sukan terus keluar airport.

ida tgh busy beli Sim kad :)

benda pertama yang aku buat apa lagi. beli Kad Sim le :) terus masukkan data internet untuk seminggu.
maaf aku lupa harga. kemudian kami terus mencari transport untuk ke jetty caticlan. plan asal kami akan naik Van dengan kadar bayaran PHP250 belum termasuk tix boat & Tax n etc. tapi kami dpt tawaran yg agak memuaskan hati, naik Teksi dengan harga PHP900 termasuk all fees ( boat n tax ). apa lagi takyah pening kepala tunggu van penuh, lagipun kami ber-3 so PHP300 untuk semua. selesa pun ye jgk teksi ni tak payah berhimpit dengan org lain.

Perjalanan ke jetty mengambil masa lebih kurang 2jam. melalui kawasan kampung, sekolah kemudian naik turun bukit. view laut subhanallah memang cantik.

Suasana di pekan kalibo.




kami sampai je di jetty, terus driver teksi belikan kami tix n bayar tax untuk kami.
tak tggu lama pun utk naik boat. drpd jetty caticlan perjalanan ke Boracay mengambil masa lebih kurang 15min. masa ni dah pkl 4.30pm. ambil gambar sekejap view di jetty ni. kemudian kami naik boat :) tak sabar da sebenarnya smpai ke Boracay.

dalam teksi, otw ke Jetty

Selfie sket kat Jetty :)


Aku carry 2 beg, total berat lebih kurang 16KG!!!!!!

sampai je kat Boracay, hari da gelap. kami disambut oleh Eduard Maisa. kami ambil semua pakej dengan beliau. muka ganas + Sado tapi baik hati :)

mata aku pun da mengantuk. kita continue esok la ye....


3.11.2015
3.34am.


Monday, November 2, 2015

Awak rindu saya tak? ngeeeeeeeeeee

Hai semuaaaa..
Ya allah bersawang blog aku ni. last entry masa Feb aritu...tu pun entry korea tak habis cerita..
penyakit malas + busy ya amatttt kat opis buatkan aku malas nk update belog usang ni.
banyak benda aku nak cerita klu diikutkan, trip aku ke Philippines,Trip aku ke Jakarta, trip aku ke Panuba Inn Resort lagi.. hisshhhhhh mmg banyak. entry korea pun tertangguh lagi.
tapi part korea tu serious aku tak ingat dah..
ampun....

so klu aku skip ok kan?
slow slow aku masukkan entry ye..
sebab sebagai kenangan aku jugak dan mungkin utk rujukan korang jugak.
insyaallah, doakan aku gigih ye ;)
hihihihihihi...

jujur, aku memang rindu nak melalut kat blog ni..
tapi tulah, mood kelaut mmg payah la...
aku start dengan entry trip Philippines yang lepas. Route aku :  KL - Kalibo - Boracay - Cebu - Oslob - Manila - KL ( 7D6N )

memang menarik. pengalaman yg agak mencabar lagi2 bab makanan HALAL hehehhee...
lechon sana sini, kanan kiri semua kedai lechon saje...

layan Teaser dulu eh....

Whaleshark Point, Oslob


Sunset Sailing, Boracay

Adios..
:)

Wednesday, February 18, 2015

KOREA WINTER 2015 : DAY 1 ( Incheon International Airport - Namsan Guest House 1 - Myeongdong )

Assalammualaikum..
Anyyeong hasaeyoooooooo ( sambil dlm hati nyanyi lagu korea.. )
rindunye aku kt bumi korea...

rindu nak rasa suasana sejuk sampai ketulang..
heheheeee
mulut keluar wap..

ok, aku pi korea 25Jan, naik AAX, flight pukul 7.45am.
malam tu aku dah bgtau member aku, konon2 aku xnak tido..
sebab takot x terjaga nak ke airport.. mati aku wehhhh..
mlmtu aku masak sambal sardin & ikan masin goreng.

tapi terlajak tido.. huuuuuuu
konon2 nak gerak pi airport pukul 4am, tapi nan hado...
ya allah, punya lah kelam kabuttt..
nasib baik aku da siap kemas beg semua..
klu tidak.... good bye la koreaaaaaaaaaaaaaaa...
sobbbsssssss.....................

aku sampai je airport, nasib baik sempat nak check in baggage wehhhh...
huhuhu alhamdulillah.
settle check in, trus pi kat boarding gate.
jauh jgk nak berjalan.. canggih ye sistem skrg ni..
scan je passport ko tu..
hahhahahaaa... ke mmg aku yg jakon?

mmg aku makan maggie jelah sepanjang dok korea... jemu hoiiiii

antara isi kandungan luggage aku

siap bawak bag pack lagi tu.. hahahaaa



masa ni ngah tunggu nak masuk kapal terbang je.. aku tak tunggu lama pun.

flight D7 504


ramai jugak dalam flight aritu. korean pun ramai jgk. mungkin diaorg da habis melancong kt malaysia n now time balik kg halaman. heheheee
aku masuk je dlm kapal terbang, terus dengar lagu korea.. hahahhaaaa amik feel org kata.

flight tak delay, alhamdulillah... dalam kekalutan allah permudahkan benda yang lain. :)
tak lama lepas berlepas, aku makan nasi lemak pak nasser. bagi aku biasa2 saje.. xde pape yg special..last time aku makan nasi beriyani ayam..perghhh mmg sedap wehhhhhh....




3 seat sebelah aku mmg kosong.. apa lagi, tido lunjur kaki laaa...
hahahahaaaa syiok weiiiii...


selama 6 jam dlm flight mmg bosan weh.. bgn tido bgn tido x sampai2 jugak.. kah kah kah
jemuuuuuuu xde entertainment langsung.


cuaca kat luar memang terang.. n x lama dah nak touch down. yahuuuuuuuuuuu......


WELCOME TO KOREA ANNA HASHIM! yahuuuuuuuuuuuuuuuuuu

masa tunggu nak melepasi immigration korea. kerek gile muka pegawai immigration diaorg tu..nyampah betol aku...


bila aku keluar je drpada airport, sejuk + mulut keluar wap wehhhhhh... hahahahaaaaaa
aku menjerit kat ida...ida, impian jadi kenyataan.. kah kah kah jakun gile wehhhhhhh..


benda pertama yang aku beli kat 7eleven airport incheon ni adalah T-Money + susu pisang..hehheheee


aku memilih untuk menaiki Airport Bus. W10,000 tix fare. sebab ikot pada direction, nak ke Namsan Guesthouse tu lagi mudah naik Bas. dalam bas aku menikmati keadaan bumi korea.

sampai je kt hentian paling akhir. hujan rintik2 weh...
melintas jalanraya besar, bermula lah pendakian aku..

ya allah....penatnye... bygkan dgn cuaca yg sejuk + hujan rintik2 + luggage yg besar + bagpack yg berat... hahahhaaaa pengalaman sangatttttttttttttttt....

untuk checkin Namsan Guesthouse 1, kami kena pergi ke Namsan Guesthouse 5. selesai urusan checkin, kena berjalan sedikit lagi barulah sampai ke Namsan Guesthouse 1. NGH1 ni mmg betul2 dekat dengan Cable Car Station utk ke Namsan Tower.

sampai je bilik, berehat kejap. lepas maghrib nak ke Myeongdong.


 cuaca sejuk + hujan..sedih je akuuu....kenapa bukan salji.
aku nak salji...hujan da biasa da kt malaysia..hahahaaa



sampai je myeongdong, terkasima kejap..ramai org..tp mungkin hujan..gerai byk x bukak..


banyak org jual juice ni...tapi aku x beli pun.. mahal sangat W5,000 convert la ke RM ye....


tapi crepe ni menarik sangat wehhhh.....
ada nutella+pisang+corn flakes.. harga W5,000 jugak...



aku sesat sampai ke lotte young ni.. al-maklumlah still blom familiar lg ngan jalan2 yg ada kt sini.
1st day katakan... takpe. boleh pi kat balai polis yg berdekatan.. hahahahaaaa
dia bagi direction bagai ayam ngan itik..kurang fasih berbahasa english.. tp xpe, asalkan aku faham...



utk hari pertama, aku beli strawberry n hand lotion brand SAEM ni.. bagus hand lotion ni..wangi pun ye jgk...


beli instant rice. pastu makan ngan sambal sardin yg aku masak. nilah juadah makanan aku selama 7 hari kt korea .. huuhuhuhuhuuuu




utk next entry plak, NAMI ISLAND - Ikan Bakar Dongdaemun..


Tuesday, February 17, 2015

Annyeong Hasaeyo.... :)

Salam semua...
ehem..ehem..
tetiba aku nak speaking korea plak..
sebab... aku baru balik daripada korea hujung bulan Jan aritu..
hheheheheeee.....
masih melekat lagi kesejukan bumi korea sampai arini..
over sangat kan?
aku pergi korea 7hari 6malam, 25Jan - 31Jan 2015.
menaiki Air Asia X..
pergi berdua je dengan kawan perempuan yang memang gila KPOP macam aku.

insyaallah next entry aku akan cerita pasal perjalanan aku kebumi korea ye kawan2..
now layan teaser dulu, gamba2 yg aku snap masa kt bumi korea :)

















semua gambar2 ni aku snap guna Olympus TX2..xde edit pape pun.. :)


annyeong!