Contributors

Friday, January 25, 2013

POT LUCK JANUARY 2013

Salam...
aritu opis aku ada buat pot luck..
sempena meraikan birthday gegirl & boboy yang lahir pada bulan JANUARY..

En. Harzizi ( boss aku )
Ayie ( kawan baik vs kawan gaduh aku kat opis )
Kak Ieda
En. Azman

memang meriah..
banyak makanan yg sedap2..
aku bawak puding Mangga+Honeydew jerk..
al-maklumlah en.Gaji x masuk lagi..
hahahahhaaaa.....

antara makanan2 yang sedap..


 ni puding yg aku buat..hehehhheeee aku saje je campur mangga ngan honeydew tu..sedaaaaapp makan sejuk2..




nasi goreng kampung..sape yg suka pedas mmg suka la nasi goreng ni...





ayam masak kicap




kuah kacang abg jidin n wife yg masak...




mee goreng sedap, birthday girl aka ibu mengandung yang abwak..teringin katanye..





udang goreng tepung yang yummy.......nnt aku tunjuk mcmana eh udang goreng tepung ni..abg jidin yg bawak




bermcm2 jenis kuih..tapi kuih pulut panggang ni mmg terbaik dari ladang wehhh..sedap sangat2..yang ni kak shakina yg bawak..




kuih lagi...kuih koci, pastu kuih satu lagi ni aku x ingat nama..ha..kuih abok2...kalau salah maafkan ye..iollssss tau makan jerk......




nasi impit + lemang segera..abg jidin yg bawak gak...





kacang pun ada..hehehheee mmg meriah weh.....





makaroni goreng...abg wan yg bawak..sedap wehhhhhhhh...






hehehhee puding aku bawak..makan sejuk2 weh......





nilah udang salut tepung tadi..hehehhehee...besar kan? iollsss makan banyak hokeyyyyyyyy.....







actualy entry ni da lama basi kat folder draft aku..hehehehheeee
tapi opis aku mmg meriah kalau bab2 pot luck ni..semuanya x kedekot nak bawak apa2...especially kak lin :-) hehheheheeee.....
kaklin jgn lupa eh..26.10.2013 ana nak something yg special..hehhehee :-)





XOXO!
anna

Wednesday, January 23, 2013

ISU sensitif..'PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM TERJEMAHAN BIBLE DLM BAHASA MELAYU"

Salam..
aku rasa terpanggil untuk buat entry berkaitan " penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab BIBLE dlm terjemahan bahasa melayu nya adalah " AL-KITAB BERITA BAIK "..
ilmu yang ada aku kongsi bersama, pengetahuan yang ada aku kongsi bersama jugak..dengan rakan2 pembaca belog aku yg beragama islam ni..kita sesama islam ilmu pengetahuan harus di kongsi bersama..

dalam kita dok bercakap bab Ms. Listen Listen Listen ni ( aku da x amik tau pasal ianya da disemakkan oleh elemen2 politik2 murahan ni ) meh aku bercakap soal isu yang lagi penting bagi aku, lagi2 bagi umat islam.

seperti biasa kat opis aku setiap hari jumaat ada kuliah agama. isu ni pernah dibicarakan oleh ustaz farhan wijaya selaku bahagian pentadbiran agama dlm opis aku. kalini isu ini sekali lagi di bicarakan ( dalam bentuk ilmiah yang paling mudah untuk difahami oleh semua ). oleh YBHG Ustaz RASYIDI JAMIL AR-RASYID ( PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM JAKIM ). oh..ustaz ni juga yg mengajar kami tentang ilmu tasawuf dalam bentuk yang paling ringan & mudah untuk difahami..ustaz favourite aku jugak..hehehehe..

Ustaz Rasyidi ni jugak antara orang terawal yang membaca TUNTUTAN & HUJAHAN orang bukan islam mengenai perkara ni.
mereka ( org bukan islam ) juga menggunakan ayat Al- Quran, Hadis, Sirah Nabi, guna bahasa arab, dan guna semua DALIL2 agama Islam dalam tuntutan & hujahan tersebut..dahsyat bukan?

dlm perbincangan kami pagi tadi, ustaz ada menyebut ada 4 golongan kat malaysia skrg ni

1) Golongan yang SETUJU orang bukan islam gunakan perkataan ALLAH
2) Golongan yang TIDAK SETUJU orang bukan islam gunakan perkataan ALLAH
3) Golongan yang langsung TIDAK AMBIL TAHU
4) Golongan yang langsung tidak tahu tentang ISU SEMASA ( ini mmg parah )

korang semua, fikir dalam2..pilihlah korang semua tergolong dalam golongan yang macamana.
aku? korang baca dulu omongan kosong aku ni, dari situ korang akan tahu aku ni termasuk dalam golongan yg macamana..heheheheeee

Pada 16MEI 1986 ( balik semula pada Sirah aka dlm bahasa melayunya SEJARAH ) satu keputusan Kabinet telah dibuat dan dipersetujui oleh Orang Islam & Orang bukan Islam iaitu " ada 4 PERKATAAN yang ORANG BUKAN ISLAM TIDAK BOLEH GUNA "

1) ALLAH
2) SOLAT
3) KA'ABAH
4) BAITULLAH

naaahhh...bukan ke sudah lama keputusan ini telah dibuat di semenanjung malaysia. tetapi baru2 ni isu ni timbul semula. orang yang timbulkan isu ini hanya senyap,duduk rumah minum kopi sambil goyang kaki ( istilah aku sendiri ) tetapi yang bertelagah bertikam lidah adalah sesama ISLAM itu sendiri. haaiiiihhhh.....

bukan ke ada ULAMA' yang kata boleh guna kalimah ALLAH tu..

ye..ada Ulama' yang kata BOLEH, dan ada jugak yg kata TAK BOLEH..
jom kita Review sape Ulama' yang kata TAK BOLEH..kita pi jauh sikit..luar daripada MALAYSIA..hehehehee pandangan Mu'tadid

1) SHEIKH ABDUL MUKHSIN AL-......... ( x berapa ingat, nnt aku akan update )
2) SHEIKH HUSSEIN AL-BALLADI

2 Ulama' ni mengatakan TIDAK BOLEH!!!

1) SHEIKH FAUZI AL-ZAH ZAH

Ulama' dari Mesir ( universiti Al-Azhar ) beliau mengatakan BOLEH.

see....ULAMA' sendiri tidak sependapat, tetapi untuk menerima sesuatu pendapat kita kena tengok URUF ( keadaan )..

 * jom semak surah At Taubah ayat 30

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah", dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu semuga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?


Orang Yahudi mengatakan Uzair adalah anak ALLAH S.W.T
Orang Nasrani mengatakan Al Masih ( ISA ) adalah anak ALLAH S.W.T
Orang Musyrikin mengatakan Malaikat2 adalah anak perempuan ALLAH S.W.T

" mereka ni semua mewarisi kata2 kotor daripada kepercayaan kuno nenek moyang mereka, yang mereka semua tak tahu hujung pangkal cerita itu sendiri."

seperti permintaan orang bukan islam ini, iaitu penggunaan kalimah ALLAH dlm kitab BIBLE atau dalam terjemahan bahasa MELAYU adalah AL-KITAB BERITA BAIK. ( dengar nama je pun aku da gerun..tegak bulu roma ) adalah tidak patut dilayan sekalipun. kerana boleh mengundang KEKELIRUAN, SALAH MAKSUD, PENGGUNAAN & TUJUAN. fuh.....jelas kan?


hek eleh, kenapa dalam BIBLE bahasa ARAB tu ada?


memang dalam bible bahasa arab ada kalimah ALLAH..
tapi harus DIINGAT, bahasa arab BUKAN bahasa bible yang sebenar.
untuk pengetahuan semua BIBLE ditulis selepas 30 - 40 tahun NABI ISA TIADA.
jadi kita tak tahu akan kebenaran isi kandungan kitab BIBLE itu sendiri.
untuk pengetahuan semua jugak BIBLE terdiri daripada 2 bahagian

1) OLD TASTEMENT ( atau dlm bahasa moden OLD STATEMENT kih kih kih )
2) NEW TASTEMENT ( NEW STATEMENT )

OLD STATEMENT ditulis dalam bahasi HIBRU, manakala NEW STATEMENT ditulis dalam bahasa GREEK.

jadi BIBLE versi bahasa arab adalah SEMATA2 TERJEMAHAN BAHASA HIBRU KE BAHASA ARAB.


sila semak ni :-

FATWA BERKAITAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
Keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Mengenai Isu Tuntutan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah
ULASAN / HUJJAH :


1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.


2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.


3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.


4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.


5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.


6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.


7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.


8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.


9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.


10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.


11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.


12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.


KEPUTUSAN :
1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.


2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan




aku rasa, maklumat2 ni semua cukup untuk buat semua orang faham kan?
kita semua pun tahu lafaz kalimah " ALLAH " ni cukup agung, kerana ALLAH sendiri yang memilih nama ALLAH itu sendiri utk diriNYA.bila kita sebut perkataan "ALLAH" bergetar hati, damai je perasaan...
sila semak surah TAHA ayat 14, yang bermaksud :-

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."


 semua yang aku tulis ni, adalah catatan aku semasa kuliah agama minggu lepas, bagi yang ingin tahu lebih lanjut, nak dapat kepastian yg laaagi dalam atau apa2 soalan, boleh lah hubungi YBHG USTAZ RASYIDI JAMIL Ar-RASYID 017-2077 634, jangan hubungi aku, kerana aku bukan org yg arif..aku hanya kongsi ilmu yang aku ada, kalau salah tolong betolkan aku..Yang baik datangnya dari ALLAh S.W.T yang buruk datangya dari AKU.

Akhir kata daripada aku, 

Buang segala SENTIMEN POLITIK, berbincang elok2 ( sesama saudara ISLAM ) mengikut NAS2 AGAMA..jangan ikot nafsu or bertegang urat..not good okeyh..heheheheheee

seboleh2nya jadi orang yang berilmu, ambil tahu hal2 sekeliling yg berlaku lagi2 isu semasa yg berlaku sekarang, kena peka..banyakkan mencari maklumat, membaca sebagai salah satu contoh, kalau malas membaca internet kan ada..deyyyyy GOOGLE la...sekarang ni semuanya dihujung jari..hehehhehee biar kita bodoh di atas kertas tapi jangan bodoh di akal.

" JIKA KITA MISKIN, ILMU ITU SEBAGAI HARTA, JIKA KITA KAYA ILMU ITU PERHIASAN BAGIMU "



Assalammualaikum W.B.T
:-)
Anna Hashim
23.01.2013







Friday, January 18, 2013

Testimoni!

 *INI STICKY POST..
*SCROLL DOWN UNTUK ENTRY BARU


Salam semua..
heading entry kemain lagi kan..
korang semua pun tau kan, yang aku ada meniaga kecil-kecilan..
sila jengok Lilly Roses Shawl Collection

so, aku nak updated gambar2 customer yang telah menggayakan tudung hasil air tangan aku..
kembang semangkuk iolls tauuuuuuu...
penat gunting kain2, tu belum lagi pening kepala nak pilih kain kat jakel...
oh, aku mmg beli stock kain kat JAKEL ye.......
kain2 yang berkualiti je yang aku pilih..
aku taste mmg tinggi sikit...


#1 ) nama dia azreen, dari klang..dia beli halfmoon plain color royal blue..cantik je kan? hewhewhew kembang lubang hidung aku wehhhhh.......dia pakai masa pegi cameron highland..dia ni jugak customer 1st aku :-) harus bagi dia reward...heheheeeee




 2) nama customer ni kak nina..dia dari P.J, keje sebagai secretary utk Group Executive Director. manis je kan dia pakai...see...gaya yg berlainan...terpulang kepada masing2 nak gayakan mcmana..sebab shawl bentuk halfmoon ni mmg mudah sangat nak gayakan..ikot citarasa masing2...ni color Champaigne..





 #3 ) customer ni nama dia nurul shaqilah, from perak..student lagi..baru form 2..siapa kata shawl halfmoon ni utk orang dewasa jerk..budak2 sekolah pun boleh..:-) manis je nampak kan...ini color royal blue jugak :-)






Pandangan daripada belakang...kemas kan? labuh dan menutup aurat :-) itu yg paling penting..
 






 #4) masih customer yang sama..dia gayakan halfmoon plain color dusty pink..kegemaran ramai...aku mmg sentiasa restock color dusty pink..kiranya hot item la..hehehehe alhamdulillah rezeki ;-)








 #5) customer ni nama dia nisa, aritu dia beli 2 skali shawl ngan aku, dia baru pakai 1..color dusty pink..simple dan kemas je kan? nnt aku mintak dia snap gambar time dia pakai shawl halfmoon yg 1 lagi k..:-) kan aku da kata dusty pink ni hot item ;-) heheheheee




 pandangan daripada belakang...kemas, bulat & terletak jerk...comel :-)







* actualy ni antara customer aku la, ada banyak lagi..tp masing2 x bagi gambar kat aku lagi...nanti aku akan sentiasa update kat sini ok :-)
lastly but not least...gambar tuan tanah harus ada :-)































nantikan shawl terbaru daripada aku...cutting dia bukannye halfmoon...petak mcm shawl biasa..cuma ada lace :-)..ni pandangan daripada depan







 ni plak daripada belakang..nampak x lace hitam tu? hehheheheheee sabarrrr....akan diupdate x lama lagi..so boleh la jenguk slalu Lilly Roses Shawl Collection











sekian terima kasih :-)
mmmuuuaaaahhhhhh!
xoxo!



kalau sesiapa nak order boleh email kat aku atau whatsapp aku :-

anna@shapadu.com.my
+60123304584

1) colour
2) quantity
3) alamat rumah
4) buat bayaran..hehehe
5) aku terus postage..





Thursday, January 17, 2013

tanjat gegurl..........

salam...
ayat nak menggedik je kannnnnnnnnnn.....

okeyh...
aku x habis seriau ni....
MD komen entry kat belog aku...
sape MD?
mak dara la..blogger yg famous tu..MAK DARA
terharu iolls tauuuuuuuu...


okey lah iolls nak sambung makan kat opis, arini ada buat potluck..
nnt aku sembang2 lagi k..
sedapnye makanan....
ngeh ngeh ngeh....

entry S.E.P.A.R.U.H B.U.L.A.N

 *sticky post*
*please scroll down for new entry*



Salam..
hai..ada ke pembaca belog buruk aku ni?
hahahahaaa..
arini aku taknak sembang..
tapi aku nak jual barang.

aku ada jual custom made shawl HALFMOON ..
aka separuh bulan..
diulangi custom made..
sama je macam kat radiusite bagai..
tapi shawl aku murah sket..
pakai kain chiffon high quality la..
taste aku kan nak yg higgghhhhhhhhhhhhhhhh jerk

halfmoon aku agak labuh sket..
org yg size L & XL pun boleh pakai..
sebab still boleh cover aurat T**** korang tu..
heheheheeee....
kalau nak pakai tudung tu asset yg depan tu kena cover ye kawan2..


HALFMOON PLAIN



HMP 01
ELECTRO BLUE
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5 


HALFMOON RUFFLES


HMP 02
 GREEN 'JADE'
RM 38 *INCLUDE POSTAGE

*sabah sarawak additional RM5 






HMP 03
ELECTRO PINK
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5



HMP 04
CHOC CHAMPAIGNE
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5






HMP 05
MUSTARD 'LIGHT'
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5



HMP 06
DUSTY PINK
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5




HMP 07
BLUE TURQOISE
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5




HMP 08
BLACK
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5




HMP 09
PURPLE 'DARK'
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5





HMP10
GREY 'DARK'
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5





HMP11
ORANGE 'PEACH'
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5




HMP 12
CHOC COMBO 'DARK + ORANGE'
RM 38 *INCLUDE POSTAGE
*sabah sarawak additional RM5
sesiapa yang berminat, boleh email kat aku :-

Code shawl 
quantity
payment

anna@shapadu.com.my
oh! yang stay area SHAH ALAM, aku boleh C.O.D :-)
dapatkan segera sebab stock limited, lepas ni aku akan updated halfmoon lace+beading plak...nantikan :-) thanks kepada yang dah membeli dengan aku...



adios,
xoxo mmmuuaaahhh!

Thursday, January 10, 2013

H.A.R.A.P.A.N 2013

Salam..
arini genap sepuluh hari di tahun baru ( january 2013 )..
aku masih belum pasti lagi dengan apa yang aku nak..
apa harapan aku utk tahun baru ni..
tahun 2012 meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi aku..
aku rasa seperti hidup aku ni hancur..
hati disiat2..mmg perit..
dugaan datang bertimpa timpa..
lepas 1 datang lagi 1 masalah yang lain..
arghhhhh...aku rasa macam orang gila..
otak aku semak, fikiran bercelaru..

aku rasa seperti nak mati..
tp mujur, akal aku masih lagi waras..
aku cuba selesaikan semua masalah aku dgn cara yang paling baik..
biasalah, tidak semua yg kita rancang akan berjaya..
takpe, anggap sebagai pengalaman..

aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan yg turun di tengahari..
aku sangkakan bermulanya tahun baru, bermakna bermulalah episod baru dalam hidup aku..
semuanya nampak sempurna di awal tahun..
tapi, nampaknya aku harus bermain dgn emosi aku sekali lagi..
arghhhh...aku rasa seperti hidup ini tidak adil bagi diri aku..
kenapa semua ni berlaku disaat2 aku mula nak menikmati nikmat hidup selesa..
takpe, aku anggap ini semua sebagai cabaran hidup..
ye mungkin aku nampak seperti hanyut, hilang arah..
tapi, aku akan bangkit..untuk mendapatkan HAK aku semula, nikmat hidup aku semula..

aku takkan membiarkan duit menghantui hidup aku, biar aku plak yg akan menghantui duit itu sendiri..
fuhhh.......aku memerlukan sokongan utk kembali bangkit..
hello! ana bangkit!!! aku seorang yang bercita2 besar..angan2 aku besar..cita2 aku tinggi..
takpe..slowly....slowly aku akan bangkit...
aku berharap MAK aku tabah..adik beradik aku tabah,,ni semua baru ujian kecil buat aku dan keluarga...tuhan takkan menduga umatnya dengan perkara yg x mampu utk dihadapi..
 pahit akan manis akhirnya..jadikan masalah tu sebagai cabaran hidup..
aku akan berusaha untuk menjadi yg terbaik..

untuk itu aku bermula dengan ini Lilly Roses Shawl COllection
aku berharap ianya akan berjaya..
memang pada mulanya nampak susah..tp xkan ada kejayaan datang bergolek tanpa kita berusaha..
Amin...aku berharap berkat doa orang tua, aku akan berjaya dengan apa yg aku usahakan..
Amin......

buat MAK, mak masih ada anak2 yang amat menyayangi mak..
love u Datin Nuraidah Harun...sayang mak banyak2 ..


kata-kata yang selalu aku guna utk menaikkan semangat aku






XOXO
Anna Hashim

tahun baru, B.A.B.Y pun baru....

Salam..
tajuk kemain lagi kannn..
auuuwwwwww iolls suke sangat uolls...
dapat BABY baru..
aku x request pun, tapi dpaat..nilah dia rezeki...
hahahahhaaaa...
cantik je kt mata aku skang ni..
comey jerk...
alololololo......

mesti korang tertanya2 kan apa dia..
yelah haku x kawen lagi..haku bujang trang tang tang..
wlupun usia da semakin meningkat..
haisssshhhhhhhhh...

BABY yg aku maksudkan tu adalah..
jeng jeng jeng....





hehehehheeee.....desktop baru...
aku aritu request hard disk baru jerk..sebab hard disk lama rosak..
pastu aku dpaat laptop utk sementara waktu..
penat aku nak bawak kehulu kehilir..
hahahaaaa...berat plak tu..
tup tup kelmarin si azri budak I.T tu tunjuk kt aku desktop baru..
hati aku berbunga2 riang..senyum smpai ke telinga..
tp depan si azri tu aku buat muka belagak jerk...padahal dlm hati..
melompat2 uolls.............hahahhahaaaaa

okey brand desktop ni DELL optilex 7010
aku bkan tau sangat bab2 I.T ni, aku buta I.T..hahahaaaa
korang google jelah ye...




dia boleh pusing jd mcm tablet plak aku tgk..tp dlm versi gersagi..ahhahaaaaaa
boleh adjust tggi rendah..itu je yg aku tau..yg lain korang ggole la sendiri..
k lah..aku nak membelai2 baby baru aku ni..
disebabkan aku suka ngan baby baru ni....
aku up sekeping lagi gambar dia..
hahahahaaaaaaa..................



gambar aku kornag nak jugak ke?
hahahahaaaa....
tguu jap eh..







































aku ngah pilih gambar yg molek sket..



























kejap....



























nah, ambik gambar muka mintak pelempang aku ni.....hew hew hew hew












* best plak rasanya mengetuk keypad baru ni..ni yg rajin hari2 nak updated entry baru...huahuahuahua.....

Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday

Berubah!


kalau korang semua perasan, header blog aku da berubah :-)
yang lama mcm ni :-


yang baru mcmni....



hambik ko..tulisan sebijik sebijik..hahahahaa lantak lah..x koser aku nak edit bagai semula...


Thursday, January 3, 2013

3.1.13

Salam all...
aku malas nak buat entry...
tp memandangkan tarikh ni lawa, so.....
aku berbesar hati nak publish gambar aku je..
hehehehehehee....harap jgn makan hati ye....





oh ye, aku ada belog baru Lilly Rose Shawl Collection...
kalau korang nak beli shawl boleh la jenguk blog tu eh..
sape reader aku, aku akan bagi diskaun kaw kaw punye..hehehehee

bye, mmuuaaahhhhhhh!
XOXO