Contributors

Wednesday, January 23, 2013

ISU sensitif..'PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM TERJEMAHAN BIBLE DLM BAHASA MELAYU"

Salam..
aku rasa terpanggil untuk buat entry berkaitan " penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab BIBLE dlm terjemahan bahasa melayu nya adalah " AL-KITAB BERITA BAIK "..
ilmu yang ada aku kongsi bersama, pengetahuan yang ada aku kongsi bersama jugak..dengan rakan2 pembaca belog aku yg beragama islam ni..kita sesama islam ilmu pengetahuan harus di kongsi bersama..

dalam kita dok bercakap bab Ms. Listen Listen Listen ni ( aku da x amik tau pasal ianya da disemakkan oleh elemen2 politik2 murahan ni ) meh aku bercakap soal isu yang lagi penting bagi aku, lagi2 bagi umat islam.

seperti biasa kat opis aku setiap hari jumaat ada kuliah agama. isu ni pernah dibicarakan oleh ustaz farhan wijaya selaku bahagian pentadbiran agama dlm opis aku. kalini isu ini sekali lagi di bicarakan ( dalam bentuk ilmiah yang paling mudah untuk difahami oleh semua ). oleh YBHG Ustaz RASYIDI JAMIL AR-RASYID ( PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM JAKIM ). oh..ustaz ni juga yg mengajar kami tentang ilmu tasawuf dalam bentuk yang paling ringan & mudah untuk difahami..ustaz favourite aku jugak..hehehehe..

Ustaz Rasyidi ni jugak antara orang terawal yang membaca TUNTUTAN & HUJAHAN orang bukan islam mengenai perkara ni.
mereka ( org bukan islam ) juga menggunakan ayat Al- Quran, Hadis, Sirah Nabi, guna bahasa arab, dan guna semua DALIL2 agama Islam dalam tuntutan & hujahan tersebut..dahsyat bukan?

dlm perbincangan kami pagi tadi, ustaz ada menyebut ada 4 golongan kat malaysia skrg ni

1) Golongan yang SETUJU orang bukan islam gunakan perkataan ALLAH
2) Golongan yang TIDAK SETUJU orang bukan islam gunakan perkataan ALLAH
3) Golongan yang langsung TIDAK AMBIL TAHU
4) Golongan yang langsung tidak tahu tentang ISU SEMASA ( ini mmg parah )

korang semua, fikir dalam2..pilihlah korang semua tergolong dalam golongan yang macamana.
aku? korang baca dulu omongan kosong aku ni, dari situ korang akan tahu aku ni termasuk dalam golongan yg macamana..heheheheeee

Pada 16MEI 1986 ( balik semula pada Sirah aka dlm bahasa melayunya SEJARAH ) satu keputusan Kabinet telah dibuat dan dipersetujui oleh Orang Islam & Orang bukan Islam iaitu " ada 4 PERKATAAN yang ORANG BUKAN ISLAM TIDAK BOLEH GUNA "

1) ALLAH
2) SOLAT
3) KA'ABAH
4) BAITULLAH

naaahhh...bukan ke sudah lama keputusan ini telah dibuat di semenanjung malaysia. tetapi baru2 ni isu ni timbul semula. orang yang timbulkan isu ini hanya senyap,duduk rumah minum kopi sambil goyang kaki ( istilah aku sendiri ) tetapi yang bertelagah bertikam lidah adalah sesama ISLAM itu sendiri. haaiiiihhhh.....

bukan ke ada ULAMA' yang kata boleh guna kalimah ALLAH tu..

ye..ada Ulama' yang kata BOLEH, dan ada jugak yg kata TAK BOLEH..
jom kita Review sape Ulama' yang kata TAK BOLEH..kita pi jauh sikit..luar daripada MALAYSIA..hehehehee pandangan Mu'tadid

1) SHEIKH ABDUL MUKHSIN AL-......... ( x berapa ingat, nnt aku akan update )
2) SHEIKH HUSSEIN AL-BALLADI

2 Ulama' ni mengatakan TIDAK BOLEH!!!

1) SHEIKH FAUZI AL-ZAH ZAH

Ulama' dari Mesir ( universiti Al-Azhar ) beliau mengatakan BOLEH.

see....ULAMA' sendiri tidak sependapat, tetapi untuk menerima sesuatu pendapat kita kena tengok URUF ( keadaan )..

 * jom semak surah At Taubah ayat 30

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah", dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu semuga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?


Orang Yahudi mengatakan Uzair adalah anak ALLAH S.W.T
Orang Nasrani mengatakan Al Masih ( ISA ) adalah anak ALLAH S.W.T
Orang Musyrikin mengatakan Malaikat2 adalah anak perempuan ALLAH S.W.T

" mereka ni semua mewarisi kata2 kotor daripada kepercayaan kuno nenek moyang mereka, yang mereka semua tak tahu hujung pangkal cerita itu sendiri."

seperti permintaan orang bukan islam ini, iaitu penggunaan kalimah ALLAH dlm kitab BIBLE atau dalam terjemahan bahasa MELAYU adalah AL-KITAB BERITA BAIK. ( dengar nama je pun aku da gerun..tegak bulu roma ) adalah tidak patut dilayan sekalipun. kerana boleh mengundang KEKELIRUAN, SALAH MAKSUD, PENGGUNAAN & TUJUAN. fuh.....jelas kan?


hek eleh, kenapa dalam BIBLE bahasa ARAB tu ada?


memang dalam bible bahasa arab ada kalimah ALLAH..
tapi harus DIINGAT, bahasa arab BUKAN bahasa bible yang sebenar.
untuk pengetahuan semua BIBLE ditulis selepas 30 - 40 tahun NABI ISA TIADA.
jadi kita tak tahu akan kebenaran isi kandungan kitab BIBLE itu sendiri.
untuk pengetahuan semua jugak BIBLE terdiri daripada 2 bahagian

1) OLD TASTEMENT ( atau dlm bahasa moden OLD STATEMENT kih kih kih )
2) NEW TASTEMENT ( NEW STATEMENT )

OLD STATEMENT ditulis dalam bahasi HIBRU, manakala NEW STATEMENT ditulis dalam bahasa GREEK.

jadi BIBLE versi bahasa arab adalah SEMATA2 TERJEMAHAN BAHASA HIBRU KE BAHASA ARAB.


sila semak ni :-

FATWA BERKAITAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
Keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Mengenai Isu Tuntutan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah
ULASAN / HUJJAH :


1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.


2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.


3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.


4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.


5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.


6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.


7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.


8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.


9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.


10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.


11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.


12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.


KEPUTUSAN :
1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.


2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan




aku rasa, maklumat2 ni semua cukup untuk buat semua orang faham kan?
kita semua pun tahu lafaz kalimah " ALLAH " ni cukup agung, kerana ALLAH sendiri yang memilih nama ALLAH itu sendiri utk diriNYA.bila kita sebut perkataan "ALLAH" bergetar hati, damai je perasaan...
sila semak surah TAHA ayat 14, yang bermaksud :-

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."


 semua yang aku tulis ni, adalah catatan aku semasa kuliah agama minggu lepas, bagi yang ingin tahu lebih lanjut, nak dapat kepastian yg laaagi dalam atau apa2 soalan, boleh lah hubungi YBHG USTAZ RASYIDI JAMIL Ar-RASYID 017-2077 634, jangan hubungi aku, kerana aku bukan org yg arif..aku hanya kongsi ilmu yang aku ada, kalau salah tolong betolkan aku..Yang baik datangnya dari ALLAh S.W.T yang buruk datangya dari AKU.

Akhir kata daripada aku, 

Buang segala SENTIMEN POLITIK, berbincang elok2 ( sesama saudara ISLAM ) mengikut NAS2 AGAMA..jangan ikot nafsu or bertegang urat..not good okeyh..heheheheheee

seboleh2nya jadi orang yang berilmu, ambil tahu hal2 sekeliling yg berlaku lagi2 isu semasa yg berlaku sekarang, kena peka..banyakkan mencari maklumat, membaca sebagai salah satu contoh, kalau malas membaca internet kan ada..deyyyyy GOOGLE la...sekarang ni semuanya dihujung jari..hehehhehee biar kita bodoh di atas kertas tapi jangan bodoh di akal.

" JIKA KITA MISKIN, ILMU ITU SEBAGAI HARTA, JIKA KITA KAYA ILMU ITU PERHIASAN BAGIMU "



Assalammualaikum W.B.T
:-)
Anna Hashim
23.01.2013







No comments:

Post a Comment

bg laluan yang cun komen dulu!..=,='