Contributors

Friday, December 26, 2014

2014 Hijrahku, 2015 Impianku

Assalammualaikum...
Tak lama da kita nak menjengah ke tahun 2015. masyaallah..
aku berada di zon 30an.
dalam kalendar islam kita sudahpun menjengah ke tahun baru. :)

ramai yang bertanya
" apa Azam tahun baru ana? "
" tahun depan nak travel ke mana pulak? "
" Bila nak kahwin? "
" Bila nak kahwin? "
" Bila nak kahwin? "
" Agak2 Na nak kahwin bila? "
* hanya org yg tertentu sahaja yg panggil aku dengan panggilan Na..

Soalan yang terakhir tu agak berbunyi Krik Krik Krik Krik...
Wallahi.. klu lah aku tahu apa perancangan Allah s.w.t, aku memang boleh berikan jawapan yang tepat pada kalian semua.
Insyaallah bila tiba masa, aku akan beritahu pada semua.

Berbalik semula kepada tajuk asal.
Azam 2015.
aku tidak pernah menetapkan sebarang list yg khusus untuk azam tahun baru.
apa yang aku fikirkan, yg aku mampu.. tu yg aku laksanakan.
tiada sebarang target tertentu.
tapi yang pasti target tahun depan nak kahwin. hehehehee
agak2 siapa yg berkenan sila isi borang ye.. hehehe

Tahun 2014 meninggalkan kenangan manis dan pahit.
dan untuk permulaan aku berhijrah utk menjadi muslimah yg lebih baik.
aku manusia biasa. kita pelan pelan ye.. yang penting istiqomah. insyaallah


alhamdulillah.. aku semakin selesa dengan apa yang aku ada sekarang, apa yang aku pakai..
sikit2 kita berubah.. kepada yang lebih baik.

takde sikit pun perasaan kekok. siapa yg follow blog aku mesti tau aku dulu mcmana kan? hehehee :)
dan kerana Blog ni jugak aku bertemu dan berkawan dengan seseorang. yang berjaya mengetuk and membuka pintu hati aku. again.. aku berubah bukan kerana dia, tidak sama sekali.. tapi ni semua keinginan diri aku sendiri.. kehendak aku.. selama 29thn aku hidup.. aku rasa ini keputusan aku yang plg terbaik yg penah aku buat.



bagi can sket kat tuan belog nak tayang muka banyak sikit. heheheheheee


Jadi, Untuk Azam aku tahun 2015,

" Semoga aku terus Istiqomah dan dijodohkan dengan lelaki yang boleh memimpin aku untuk ke Jannah ".. Amin..





Kau Manusia, Kau tak boleh ada semua semua - Langit Vanilla

AH
26.12.2014

Thursday, December 18, 2014

Pulau Tioman - Day 3 ( Checkout )

Salam semua...
finally ni entri terakhir untuk Pulau Tioman. :)
birthday kalini yg terpaling best.
surprised birthday party.
hadiah spa kt istana Hotel
hadiah percutian kt Tioman Island.
Alhamdulillah syukur..
semoga kalian sentiasa murah rezeki. Amin

macam biasa lah.. aku org pertama yg bgn tido.....
tunaikan kewajipan apa yg patut.
jom kita morning walk...

kalini aku naik sket keatas.. jalan2 dlm kawasan chalet...
semua chalet mengadap laut. cuma bilik aku yg terpaling dekat n cantik viewnye :)
tp x banyak gambar yg aku ambik.





breakfast mengadap laut. heeeee :) kalini aku da pandai buat coffee sendiri.. hahhaa thanks bab :)




1st time aku dtg tioman, masa tahun 2003..ada program PKSN Program Khidmat Sosial Negara .. family angkat aku kt kg. genting.
kali kedua tahun 2008, aku stay di Kg. Salang
kalini tahun 2014 sempena Birthday aku.
insyallah aku akan kembali semula, mungkin honeymoon ataupun bwk anak2 bercuti.. hahhahahahahahhaaa berangan kan free..



lepas siap breakfast.. jom kita terjun untuk kali terakhir sebelum balik ke dunia reality.
bergambar la korang puas2 yeeee....






hamboiiii enjoy ye korang dalam air ni berposing sakan......







dah.. jom balik bilik.. mandi kemas pakaian... pastu checkout...




sebelum balik jom posing dulu....
lagipun sementara menungu urusan check out, sementara menunggu pakcik nak panaskan enjin boat.. heheheheeeee...


BILIK yg aku duduk tu D9 :)

#anewbreedoftraveller


masing2 terbongkanggg.. kalini aku x tido dlm boat.. aku borak2 dengan iqbal je.. sebab xnak pisang berbuah dua kali.. hahahaaa rina ngan zaim dia boleh ambik gambar aku ngan iqbal masing2 tido mulut ternganga kt dlm ferry.. siot je kannnnnnnnn..

eh, dalam gamba ni jojohn buat apa tu? hahahahaaaaaaaa


Good Bye Tioman. Insyaallah aku akan datang lagi. nanti aku akan bawak suami n anak2 aku plak.. hahahaa tingginya angan2, besar nye lah harapan.

untuk Panuba Inn ni aku bagi 5/5 bintang :) yahuuuuuuuuuuuu.....

Adios!


next entry, tunggu ye.. kemana plak aku berjalan.. hehheheeeee

Wednesday, December 17, 2014

Pulau Tioman - Day 2 ( Snorkeling Rengis Island - Kg. Tekek - Marine Park )

Salam semua.
kita sambung cerita utk day 2 plak ye.
seawal jam 5.30am aku da bangun. sakit perut weiiii.. hahahaaa
pkl 6am aku dikejutkan dengan bunyi HP. berdebar2 jugak sebab pagi2 buta mcmni siapa yg call aku kan, no yg tak dikenali plak tu.. huhuhuhu lama baru aku jawab.

oh, RJ rupanya.. kejutkan aku untuk bangun subuh.. ngeeeeeeee
aku ingatkan siapa la wei...
tp pagi2 kan biasalah suara aku mmg mcm jantan sket. terus dijadikan bahan utk gelakkan aku... pfffttttttttt... sabar jelah. :) tapi bersyukur ada org tolong kejutkan bagun solat subuh. heheheheee alhamdulillah.

again. aku kan jenis menikmati n menghargai keindahan alam.. so aku tak tido lepas subuh. duduk dekat kerusi balcony.. kaki bertenggek kat kayu.. pastu termenung n berangan.. kalaulah hari2 tak kerja kan best.. ahhahahahhaaa plus berseorangan seperti  selalu. hahahaaa

pemandangan subuh tu sangat cantik,indah,tenang ( ... hanya kerana 1 panggilan mood trus berubah 360 degree.. hahaahahhahaaa


seperti biasa. aku morning walk. ala... mcm adun melawat kawasan.. hahahaaaa
aku sukaaaa sangat. sementara menunggu waktu breakfast.
kebetulan iqbal da bangun. so ada geng.
mmg jadi kebiasaan aku ngan iqbal org yg terawal turun makan...
hahhahahaaaaa mcmana tak gemok sebab makanan dan aku mmg x dpt dipisahkan. mcm isi dan kulit.

aktiviti harini adalah snorkeling. yeayyyy....
rengis island.
coral subhanallah cantik... :) layan la gambar2 kt bawah ni ye...






nampak tak coral2 kat bawah tu?

model aku utk arini adalah iqbal. sebab dia plg teror berenang. heheheheeeee






penat berenang naik atas pelantar.. bergambar lagi...



 kalini lompat kedalam air plak... terjun lah korang puas2 ye...
mcm biasa gambar jurukamera mmg tak banyak.. ahhahahaaa sibok amik gambar org lain...







ikan mmg banyak kt sini. warna warni.... lawa....
oh, jellyfish pun ada.. besar weiii cepat2 kitaorg berlari ( berenang ) ke pelantar heheheeee mcm nampak hantu je gamaknye..






da puas berenang kt rengis island kitaorg berhenti makan kt kg. tekek..
aku pelik kenapa xde gambar. oh, sebab aku amik video je...
siap makan semua kami dijemput utk ke marine park plak.....
kalau di rengis island penuh dengan coral. tp kt marine park ikan besar2 kauuu... lagi besar drpd peha aku.. menakutkan.... aku x amik banyak gambar.. tp video adalah.. huuhuhuuuu kalau bleh share, mmg da lama aku share..... so tgk jelah gamba si jojohn ni..


muka nampak ganas. tp ikan pun takot.. ahhahahaaa


settle snorkeling kami semua balik. sambung plak terjun kt jetty chalet...
hahahhaaaa tak gheti penat agaknye masing2 kannn...... mmg btol2 pulun sampai habis ni....
yg bestnye badan mmg x rasa penat langsung weiiiiii... serious.

maghrib terus balik bilik mandi, tunaikan apa yg patut. kalini aku layan suasana senja utk kali terakhir.. esok nak balik dah..



malamni ni dinner special sket. BBQ... sambil tu layan final Piala Malaysia... Pahang lawan JDT :) heeeeeeee hogoh pahang hogoh... malam tu mmg mendebarkan la... jojohn JDT aku Pahang.. yg layan aku berdua je.. sebab yg lain mmg x minat bola.. huhuhuuuuu...


makanan kat sini boleh tahan sedap la :) diaorg pun semua baik hati.. x mcm masa kat perhentian aritu.. huhuuhuuuu

kitaorg semua balik semula kat bilik. bilik aku jadi tempat port utk melepak.. borak2.. layan view kat balcony.. ya allah seronoknye rasa... sambung tgk bola kt bilik.. berdebar hokey jantung ni masa penentuan sepakan penalti. tp time mat yo nak amik penalti aku mmg da terdetik dlm hati cnfirm keeper save bola... ya allah masin koooo gerak hati aku.. hahahaaaaaa finally Pahang menangggggg.. :)


aku upload gambar ni kat FB..xde sape pun yg perasan bendera pahang ni aku pegang terbalik. hahahahahhaaaaaa...



untuk hari kedua ni mmg syiok... :)

Tuesday, December 16, 2014

Pulau Tioman 2014 - Day 1 ( Panuba Inn Resort )

Salam semua...
seperti yg aku cerita pada entry lepas.
hjg bulan october yg lepas aku ke Pulau Tioman.
Ada seorg sahabat yg hadiahkan percutian ke tioman ni untuk aku.
hadiah harijadi aku. 26 october. syukur.
segala hal booking membooking ni semua member aku rina yang uruskan. kiranya ketua rombongan la...

kami bertolak ke jetty mersing mlm khamis.
ada 2 kereta. 1 kereta drpd KL 1 lagi drpd segamat.
total yg pergi 7 org.
perjalanan alhamdulillah berjalan lancar. allah permudahkan urusan kami.
cuaca sepnjg perjalanan gerimis. dalam hati pun berdebar jgn la hujan time kt pulau nnt..
almaklumlah kami ke pulau da nak hampir musim monsun.

dlm pkl 6am kami smpai ke jetty mersing. again segala urusan rina yg uruskan ( ketua rombongan ) hehehheeee


sempat selfie... :) r u ready nak menghitamkan kulit?



aku sempat menunaikan kewajipan sbgai seorang muslim kt jetty ni. disediakan bilik utk solat. yg x best tempat amik wudhu' utk perempuan tak tertutup + campur je laki pompuan.

perjalanan naik ferry lebih kurang 1 jam stgh. aku membuta je dlm ferry.. sedar2 je da nak sampai..
excitedddd.... tp keadaan cuaca langit gelap menandakan nak hujannn....
kami diturunkan kt jetty ABC. panuba inn ada private jetty. kecik je.. so ferry mmg takkan singgah.
nanti ada org drpd panuba inn akan jemput kami kt jetty ABC.


sebelum pape kita amik group photo dulu....
nak dijadikan cerita.. sampai je kt panuba inn ni hujan rintik2 pun turun.....



boleh nampak kan titisan hujan dlm gambar ni.. tgk kat lantai kayu jetty tu...

dalam gambar ni nampak gemok sebab pakai baju 2 lapis. harap maklum!


bilik yang aku duduk langsir putih tgkt 3 yg ada life jacket tu. mmg 5 star weiiiii .. kenapa 5 star? nnt aku bgtau kenapa...

aku berlari2 anak untuk ke reception area. reception dia berada disebelah restoran. sampai je kt restoran hujan turun selebatnye........ lebat gila... nasib baik da smpai kt reception, klu tak habis basah semua kain baju dlm beg aku nnt....



keadaan lepas hujan. alhamdulillah.... lama jgk sementara nk tggu bilik ready.. weolls breakfast dulu....


bilik da ready so da bleh check in.. yahuuuuu tak sabar nak masuk bilik. sebab aku dpt bilik yg plg cantik viewnyee.......


jeng jeng jeng..... ni view drpd bilik aku.. subhanallah lawa.......
serious lawa gilaaa........ bygkan ko duduk kat balcony, view ko laut warna hijau kebiruan terbentang luas... masyaallah indah betol ciptaan tuhan. tak dpt nak gambarkan dengan kata2 weiiiii...





kat jetty tulah tempat kitaorg berenang.. ikan banyak gileeeeee...... selama 3hari 2 malam jetty tulah tempat kami melepak.. bergelak ketawa....bagi aku percutian ke tioman ni lagi seronok drpd perhentian :)

kami berehat sekejap. mana bleh tahan weiii cuaca cantik, air jernih jom terjunnnn........

are u ready guysssssssssssss....


 

nampak mcm tak dalam kan? percaya lah kt jetty ni agak dalam :) siapa yg x pandai berenang sila sewa life jacket ya.... RM5/day



tu diaorg ngah bagi ikan makan.. hheheheee



pkl 1pm masing naik keatas terus ke restoran utk makan tengahari.. lapar weiiiiiiiiiiiiiii.....
:) ptg nnt kita sambung lagi...


kalau bab makan..masing2 ceria je kan muka tuuuuuuuuuuuuuuuu....
terliur plak tgk air sirap tu... huhuhuuuu


lepas makan balik bilik mandi tidooooooooo...
aku mmg jenis menghargai keindahan alam. so ptg aku nak bgn nk tgk sunset :)


aku duduk sebilik ngan rina n sasha.. diaorg ni kalau tido ya allah susahnye nak bangun..... puas aku kejutkan diaorg sbb nak ajak tgk sunset sama2 drpd balcony.. nan hado nyeee nak bangunnn weii.. lantak... aku tgk sorg2.....

aku duduk termenung..menghayati keindahan alam....
sebelum tu aku evening walk dulu...
selama kat sana iqbal peneman aku, sbb kitaorg mmg jenis menghayati keindahan alam.. cehwahhhhh...





bila sunset da habis baru lah si rina tu bangun... pastu menyesal sbb x dpt tgk sunset.. sape soh tak bangun bila aku kejutkan. padan muka... hehehehee :)

malam kitaorg dinner mcm biasa, bulan terang sgt malam tu.. memula kitaorg borak main kad..
pastu aku, iqbal ngan zaim ambik keputusan utk terjun laut... hehehheeee
subhanallah mmg sejuk tapiiii... dasar laut terang.. aku nampak banyak gila landak laut weiiii... hehehheeee


so aktiviti hari pertama makan - terjun laut - makan terjun laut - makan terjun laut.
drpd siang sampai ke malam kiranya aku berendam. :)



esok sambung cerita lagi ye. snorkeling plak.. yahuuuuuuuuuuuuuu....