Contributors

Tuesday, July 23, 2013

Happy Birthday YAOBO...

26!!!
happy birthday!
semoga panjang usia,
dimurahkan rezeki,
diberi kesenangan dunia & akhirat,
hanya doa ni je yg mampu diberi..
Amin..

maaf andai selama ni jika banyak melukakan hati,
terkasar bahasa
kerana aku hanya insan biasa
tidak sempurna.
akhir kata
selamat hari jadi sekali lagi &
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin :-)

 

Anna Hashim
23072013

Friday, July 19, 2013

KAABAH

Salam ramadhan semua..
mcmana ngan puasa?
okey ke?
utk aku, so far so good...semuanya baik
rezeki yg x disangka2 muncul disaat aku mmg memerlukan..
terima kasih Allah..

okey, aku nak share something kat korang..
yang ni aku amik drpd belog kisah sorang laloque...
korang semua hayati la eh....
benda baik n info yg berguna,eloklah kita kongsi bersama..

Gambar: Bila ditanya "Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?"

Apa yang perlu kita jawab?

BACA ▬▬► http://www.guablog.com/in/47436/0/kenapa-orang-islam-sembah-bangunan-kain-hitam-tu

mekah2




“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?” …
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak…..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah swt”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tengok perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah…… selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”

“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”
Anda boleh copy dan share untuk perkongsian
Insyaallah
P/S: (” Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.
Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu’Alam.”)

Friday, July 12, 2013

ketuk2 sahur & Salam Ramadhan

Salam semua..
1st of all nak wish "selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang mulia lagi berkat ni "..
semoga korang kan semua banyakkan beramal ibadah daripada bergossip sana sini..
heheheheee....

ramadhan aku kalini, tidak lah seteruk tahun lepas.
tahun lepas agak kritikal lagi la meroyannn...
tahun ni, setakat ( hari ini ) semuanya okey..bersederhana dalam segala hal.
baik berbuka mahu pun bersahur.
aku bersyukur dgn rezeki yg ada.

hari 1st puasa kemain mak aku call aku..

mak : salam, buat pe tu?

aku : xde buat pape, melepak je ni..

mak : lepak kat mana? 

aku : kat rumah la..ngah tggu waktu berbuka je ni, mak masak apa arini?

mak : hahahahaa macam2 ada, beli tadi..biasa la, hari pertama puasa

aku : perghhhh..mana aci...ana beli 2 lauk ngan 1 kuihhhhhhh jerkkkkk...

mak : hahahaa ala, xpe la tu..ada jugak..nnt balik mak masak sedap2

mcmtulah mak aku, kemain lagi nak menganjing kat aku kan..ahahahhaaa kemain lagi belagak lauk,kuih muih penuh 1 meja..ahahahahahaaa tp xpe, asalkan mak ngan adik2 aku cukup makan kat kampung tu aku da happy, biar terlebih asalkan jgn berkurang..

cerita berbuka aku takde la semegah mana..
beli apa yg hendak di makan sahaja.

untuk sahur plak, al-hamdulillah sampai harini aku gigih memasak.
masak ala kadar je..yang senang2 ..hehehehee
pukul 4.30 aku da bangun, pung pang pung pang sorang2 kat dapur masak lauk.
bila da siap masak aku kejutkan housemate yg lain utk bersahur. memasak utk kawan2 pun satu ibadah jugak kan kawan2 ? heheheeee...

gambar takde, sebab tak kuasa aku nak snap gmbar lauk aku yg x semenggah tu..
nnt aku plak yg terbayang2 lauk yg aku masak utk sahur td..acane tu?


ok lah, aku chow dulu..korang da beli baju raya ke?
kuih raya?

aku ada jual kuih raya ALMOND CLUSTER
ALMOND+CHOC mmg sedap sangat,almond yg rangup bersama coklat yg sedap..
50pcs/balang RM35
beli 3 balang RM100 sahaja!!!
COD area MAJU JUNCTION & MENARA HLA sahaja.
sila call/whatsapp/wechat : 013-2078409







bye :-)
jangan ponteng puasa tau..