Contributors

Tuesday, February 25, 2014

KOMUTER

salam
arini nak sembang pasal CABARAN
iaitu cabaran aku hari2 nak pegi keje.
aku guna Public Transport Komuter & LRT..
kalau pagi2 nak pegi keje mmg bersesak sesak dlm komuter.
habis sesak kt dalam komuter aku sambung balik sesak dalam LRT.
bau ketiak bangla,ketiak org perkara biasa
malah da lali kt hidung
bau mulut ,bau bawang putih semua pun dah lali
hahahaha
kadang2 tu sampai aku berfikir..
ya, allah kuat jugak dugaan aku nak cari rezeki Halal n nak bagi duit kat mak aku yg kt kampung tu..
kiranya bangga jugak sebab aku tough! hahaha
tapi kan...
ni lah kali pertama aku terkena macamni kat dalam komuter.


rasa nak tunjal je mamat ni..hahahahaaa...



Thursday, February 20, 2014

Food from All over Shah Alam : Gangnam Station, Laman Seri Shah Alam.

Assalammualaikum..
nampaknya kalini tuan belog agak rajin nak updated entry baru.
kalini jom kita Jalan-Jalan cari makan.

biasanya weekend memang aku masak.
cakap je nak makan apa.
semuanya akan aku usahakan. tapi last week, mood agak malas.
ditambah plak dengan cuaca yg panas..heeyyyy tak kuasa aku nak masak wei!

seperti yang sedia maklum. aku stay Shah Alam ( I love Shah Alam ).
so JJCM of course dekat Shah Alam.
kat sini ada macam2 restoran. ingat bangsar,ampang,ttdi je ke yg org dok sibuk promote makan sedap sedap sedap..hellooo..Shah Alam pun ada hokey.

oleh kerana aku minah K-POP ( la sangatttt!!! ),
meh le kite cari makanan Korea.
nama restoran ni Gangnam Station.
location di Laman Seri Shah alam
berdekatan dengan kolej ptpl tu.
kalau tak tahu sila google, jangan malas...kasi cargassss sket!


*mintak maaf, aku lupa sangat2 nak snap isi dalam menu ni.

selepas puas membelek menu, sambil membayangkan apakah & mcmana rasa hidangan yg aku pilih ni.
aku dengan P's sepakat memilih menu set utk 2 orang, add on tteokbukki ( kuih beras ) . lagipun menu2 ni semua aku biasa tgk kt tv masa tengok drama kesukaan. *currently aku ngan follow drama "my love from another star". malam ni (rabu) ep18 :)

yg gambar bawah ni, adalah Side Dish. boleh refill sebanyak mana yg korang suka. FOC..diulangi FOC :)
dont worry semuanya sedap. even tekak aku yg cerewet ni pun boleh terima uolls..kimchi? tadak hal..aku telan je semua. hehehehee




close up sikit gambar. daripada kiri : brocolli steam with sambal pedas+masam, fish cake (yg ni sedaaaaaaap gile,aku refill satu kali), kimchi,jeruk,sayur dan kerang yg disiram dengan sambal cili pedas+masam.




ice lemon tea, da termasuk dalam set menu yg aku order. nak tau gak ke rasa dia mcmana? rasa teh la..ape lagi.



steam rice, nampak je sikit tapi tak larat aku nak habiskan. beras korea ni mmg banyak kanji, sebab tu makan sikit je da kenyang. ala mcm beras wangi thai tu..:) cuma beras ni agak gemok2 sedikit.


 Beef Stew ( Bulgogi ), seriously memang sedaaaaap sangat, highly recommended utk ni, memang cukup rasa,rempah,garam,gula,pedas...semuanya cukup..diulangi, aku ni memang cukup cerewet kalau melibatkan rasa makanan. kalau aku masak sekalipun, aku akan pastikan rasa masakan aku tu cukup garam,gula semua.
eh, aku tak taulah nak cakap mcmana..hahahhaa pendek kata, korang patut cuba daging ni. oh, daging ni mmg lembut..aku terkejut tgk potongan daging ni walaupun dihiris nipis2, tapi potongan dia besar2, yang bestnye tak perlu bekerja keras utk kunyah untuk bagi lumat..nenek gigi pelsu pun boleh makan uolls...faham tak maksud aku tu mcmana?





benda paling teruja yg aku nak makan adalah benda alah ni, Tteokbukki ( kuih beras ), biasanya aku tengok kt dalam drama kpop tu,(nampak sedap!) diaorang dok makan ni sambil berdiri masa habis sekolah. diaorang makan cucuk guna lidi jerk :) yang jual plak ahjumma naik lori,ala serupa mcm lori jual steamboat kt tepi2 jalan tu..korang cuba bayangkan ok?
rasa dia? rice cake ni agak kenyal. tapi aku suka. kuah dia plak masam & pedas. aku rasa dia campur kimchi sekali dalam kuah rice cake. aku tak tau kenapa mesti dihidangkan dengan telur rebus. so, jangan tanya aku. hehehe




 dalam pada perut aku senak nak habiskan semua makanan tup2 diaorang hantar plak sotong pedas ni. ( da termasuk dalam set menu yg aku order ) portion dia besar. tak mcm untuk 2 orang makan pun..huhuuu octopus ni pedas, again..rasa masakan korea ni macam lebih kurang sama jerk..octopus ni gemuk2 bila aku gigit berjuicy okeyh..makan smbil pejam2 mata la....*over!




gambar keseluruhan..hahahaha masa ni da tak larat nak habiskan semua :) org kata jangan membazir..so kita tapau :)




decoration dalam kedai yg sempat aku snap :) suasana ok..masuk2 jerk terus nampak ada TV dekat bahagian hujung, tengah tunjuk RunningMan, tapi sayangnya lagu2 yg diputarkan adalah lagu band indonesia jiwang2 (yang aku suka dengar)..kalau lagu korea kan best..barulah betul2 macam ada di korea :)




dekat dinding ada gambar owner aku rasa beserta ramuan utk bulgogi ni :)






overal, aku berpuas hati..kerana makanan yang dihidangkan menepati piawaian tekak aku. aku memang agak cerewet bab makan. amboi belagak sangat kan? hahahaha pelayan restoran jugak bagus, layanan yang diberikan juga tip top. oh, aku memang tidak dibayar apa2 atau dapat apa2 kepentingan untuk ads kt belog buruk aku ni. semuanya atas dasar SUKARELA. :)

sekiranya korang penduduk shah alam, yang teringin nak makan makanan korea, apa salahnye berkunjung ke restoran Gangnam Station yang terletak di Laman Seri Shah alam ( berdekatan sengan restoran laman grill kepunyaan juri masterchef ) .harga yang di tawarkan bagi aku amat berpatutan dengan portion yg dihidangkan. sekali sekala apa salahnye makan diluar ye dak?


aku bagi 4 bintang :)



Alamat Gangnam Station :

G36, Block 5, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40000 Shah Alam.

Contact No : 019-273 7753

Monday, February 17, 2014

Udang Galah Kuala Rompin,Pahang

seperti yg aku janjikan.
aku nak up entry udang galah *cakap sambil telan air liur...tsk..tsk..
sebelum tu, meh aku bagi salam dulu.
Assalammualaikum..hehehe tak menyempat aku ni

sape sini yang biasa makan Udang Galah?
aku pun bukan selalu makan.
sebab..
mahal.
tambahan plak kuala rompin tu jauh jugak drpd rumah aku
+- 2jam ETA pegi balik.
korang bayangkan duit minyak pegi balik+udang galah+penat yg aku dapat.
hahahaha
ni nak up cerita pasal udang galah ke ataupun pasal nak merungut?

masa cuti raya cina, aku balik kampung ngan adik aku
so, adik aku pi Rompin utk jumpa kawan2 dia
sebelum tu dia awal2 lagi da pesan udang galah kampung (liar) kt kawan dia

udang Galah ni ada yang jenis Kampung or sangkar.
sangkar mcm biasalah udang bela
kalau kampung ni, udang galah yg kt lubuk2 sungai tu.
Udang Galah Kampung, badan dia agak bercorak.
nak tangkap Udang Galah ni bukan senang ye
kena beware ngan ular,buaya,etc..
orang kata,tempat banyak buaya adalah lubuk udang galah.

aritu yg aku makan,udang galah kampung.
banyak plak telur dia..
yummy......:)
 nak siang udang galah ni, ada cara dia.
1) potong bahagian kepala ( bahagian yg tajam kt area mata ),buang benda2 yg berwarna hitam
2) potong janggut
3) potong bahagian ekor yg tajam, daripada situ gunting sikit n tarik saluran najis drpd bawah.
so korang takyah belah bahagian atas badan udang tu utk buang saluran najis :)
4)cuci bersih2, kalau ada telur hati2 cuci.


ini udang galah yg paling besar :) hehheheeee

tengok corak udang galah ni, lain daripada usang galah sangkar.


 ni telur udang galah. sedap!


 
close up sikit :)



 aku masak sambal jerk..sedap wehhh.....:)




makan sambil layan RUNNING MAN..kih kih kih

aku malas nak makan sayur..hehehee oh, tu beras basmathi


close up sikit isi udang galah ni..sedappppppp sangat2..huhuhuhuhuuu
rasa nak makan lagi. tunggu aku balik kampung lagi.




memang nikmat sangat2 dapat makan udang galah ni..hehehee
selain dibuat sambal, masak lemak sedap jugak :)

p/s: jgn goreng udang terlalu lama :) nnt udang jadi liat.
 

Thursday, February 13, 2014

PANAS.

fuuhh..fuuuuhhh....
sebelum aku bebel baik aku tiup habuk2 kt belog aku ni..siap bersawang lagi uollss.
oh, hampir terlupa..
Assalammualaikum korang2..
rindu aku tak?

tak rindu takpe..
tapi aku rindu korang..
ecececeehhhh..hahahaaaa

lately ni cuaca panas membahang kan?
aku tiap2 hari klu lepas mandi pun berpeluh lagi.
xde dah nak guna water heater..
hahahaha time yg dok kecoh cuaca kt malaysia sejuk,
aku ras jugak lah..mmg pagi ptg siang malam mandi mesti kena on water heater.

aircond kat bilik aku plak rosak.
so, guna stand fan...
mcm semalam, aku soh member aku check air-cond kt dlm bilik aku.
dia check2 rupanya kompressor da x elok, leaking..
kos repair ngan beli baru lebih kurang jerk.
so, aku soh P's text owner rumah.

tup2 arini owner rumah inform P's dia ngah survey aircond baru,
sabtu ni da bleh install air-cond baru..
wahahhaahaaa mmg bagus betol owner rumah aku ni..
dia mmg sangat baik hati.
if ada pape biasanya aku ngan P's solved sendiri problem.
then baru inform owner rumah.
yelah, dia keje steward MAS..so x menentu..
aku ngan P's malas nak susahkan dia if benda remeh temeh ni..
selagi kita bleh settlekan sendiri, kita settlekan dulu.
 kena lah bertolak ansur kan...:)
al-hamdulillah, aku ngan P's mmg jaga hubungan baik antara kami ngan owner rumah.
owner rumah pun sgt memahami.
kami jaga rumah dia sebaik yg mungkin..:) insyaallah.

eh, panjang lebar plak aku bebel..
aku cuma nak cakap ni je kt korang.
BILIK AKU TUKAR AIR-COND BARU..hahahhaaa
ooopppssssss.....terSHOW OFF plak..
jangan marah ye korang..
aku gurau jerk :)

oh, nnt aku nak sembang pasal udang galah..
sape penah makan udang galah?

Teaser dulu...................cerita tunggu dulu eh...Udang Galah Kuala Rompin..hew hew hew