Contributors

Tuesday, November 3, 2015

Philippines 2015 : Boracay - Day 1

Bila sebut je "Boracay" benda pertama yang muncul adalah laut yang cantik dan membiru serta pasir pantai putih yang halus. memang kena dengan jolokan antara pantai yang tercantik dunia.
sebenarnya trip ni dirancang kurang drpd masa sebulan. semuanya secara spontan kerana trip Aussie cancel dan digantikan dengan Boracay.

sebenarnya plan asal route ni adalah KL - Kalibo ( Boracay ) - Manila - Batanese - Manila - KL.
so bermula lah episode menggoogle segala info utk ke batanese. kerana tidak ramai yg sudah kesana + kos yang agak mahal. batanese memang cantik seperti pemandangan di New Zealand. Aku mula menghantar email kepada seorang blogger Philippines yang menulis tentang cara yang mudah dan murah untuk ke batanese. lama jugak untuk menunggu dia reply. bila dia reply dia mengatakan time aku nak pergi ke batanese agak tidak sesuai kerana ribut thyphoon. dan meminta untuk aku Re-consider untuk pergi ke batanese. Philippines memang terkenal dengan musim thyphoon.

So, kami pun membuat plan B. route kami adalah KL- kalibo ( Boracay ) - Cebu - Oslob - Manila - KL. kami pun mula membeli Flight Tix Kl-Kalibo ( AA ), Kalibo -Cebu ( Cebu air Pacific ), Cebu - Manila ( Cebu air Pacific ) serta Manila - KL ( AA ). semua flight Tix kami beli dengan harga promosi.
hanya berbekalkan lebih kurang 3 minggu kami mula membuat research mengenai Boracay, Cebu , Oslob dan Manila. hasil maklumat rakan2 backpackers, serta bantuan rakan2 yg lain maka pada tarikh 9sept - 15sept aku ke Philippines.
kami mengambil keputusan untuk park kereta di Putrajaya Central kerana kadar parking rate nya yg murah serta berpatutan, parking berbumbung dan 24hour security guard. terus mengambil Train laju ke KLIA2

Kaki Itik benda Wajib bawak klu ke island, tp harus Check in di kaunter dan hantar ke area Oversized Baggage. ( tak lepas masuk Cabin ye kawan2 )


Muka Excited la tu  :)



untuk makluman semua Flight AA drpd KL - Kalibo cuma ada sekali je sehari. ETA mengambil masa lebih kurang 4 jam. memang agak boring. pengalaman pertama berjalan ke departure gate yg betul2 terletak dihujung jalan.. mmg penat menapak membawa bekpek yg seberat 10KG! hahahahaha bekalan untuk 7 hari dinegara orang.
akhirnya pada pukul lebih kurang 2.20pm waktu malaysia ( malaysia dan Philipines tiada perbezaan masa, cuma malam lebih awal serta subuh pun awal, sama seperti sabah dan sarawak ) kami pun tiba di International Airport Kalibo. kecik je Airport ni. turun je drpd Flight aku tgk muka org Philippines ni sama je mcm muka org malaysia hehhehee... xde beza pun. aku confused masa tu, aku ni masih ada kat malaysia lagi ke..

kena beratur agak panjang, kemudian hanya 2 kaunter saje yg bukak. huhuhuhu... rasanya lebih kurang stgh Jam jugak la amik masa untuk lepas imigration sana. bila passport dah di cop lega sgt rasa.. kami pun terus ambil begpek dan alatan sukan terus keluar airport.

ida tgh busy beli Sim kad :)

benda pertama yang aku buat apa lagi. beli Kad Sim le :) terus masukkan data internet untuk seminggu.
maaf aku lupa harga. kemudian kami terus mencari transport untuk ke jetty caticlan. plan asal kami akan naik Van dengan kadar bayaran PHP250 belum termasuk tix boat & Tax n etc. tapi kami dpt tawaran yg agak memuaskan hati, naik Teksi dengan harga PHP900 termasuk all fees ( boat n tax ). apa lagi takyah pening kepala tunggu van penuh, lagipun kami ber-3 so PHP300 untuk semua. selesa pun ye jgk teksi ni tak payah berhimpit dengan org lain.

Perjalanan ke jetty mengambil masa lebih kurang 2jam. melalui kawasan kampung, sekolah kemudian naik turun bukit. view laut subhanallah memang cantik.

Suasana di pekan kalibo.




kami sampai je di jetty, terus driver teksi belikan kami tix n bayar tax untuk kami.
tak tggu lama pun utk naik boat. drpd jetty caticlan perjalanan ke Boracay mengambil masa lebih kurang 15min. masa ni dah pkl 4.30pm. ambil gambar sekejap view di jetty ni. kemudian kami naik boat :) tak sabar da sebenarnya smpai ke Boracay.

dalam teksi, otw ke Jetty

Selfie sket kat Jetty :)


Aku carry 2 beg, total berat lebih kurang 16KG!!!!!!

sampai je kat Boracay, hari da gelap. kami disambut oleh Eduard Maisa. kami ambil semua pakej dengan beliau. muka ganas + Sado tapi baik hati :)

mata aku pun da mengantuk. kita continue esok la ye....


3.11.2015
3.34am.


Monday, November 2, 2015

Awak rindu saya tak? ngeeeeeeeeeee

Hai semuaaaa..
Ya allah bersawang blog aku ni. last entry masa Feb aritu...tu pun entry korea tak habis cerita..
penyakit malas + busy ya amatttt kat opis buatkan aku malas nk update belog usang ni.
banyak benda aku nak cerita klu diikutkan, trip aku ke Philippines,Trip aku ke Jakarta, trip aku ke Panuba Inn Resort lagi.. hisshhhhhh mmg banyak. entry korea pun tertangguh lagi.
tapi part korea tu serious aku tak ingat dah..
ampun....

so klu aku skip ok kan?
slow slow aku masukkan entry ye..
sebab sebagai kenangan aku jugak dan mungkin utk rujukan korang jugak.
insyaallah, doakan aku gigih ye ;)
hihihihihihi...

jujur, aku memang rindu nak melalut kat blog ni..
tapi tulah, mood kelaut mmg payah la...
aku start dengan entry trip Philippines yang lepas. Route aku :  KL - Kalibo - Boracay - Cebu - Oslob - Manila - KL ( 7D6N )

memang menarik. pengalaman yg agak mencabar lagi2 bab makanan HALAL hehehhee...
lechon sana sini, kanan kiri semua kedai lechon saje...

layan Teaser dulu eh....

Whaleshark Point, Oslob


Sunset Sailing, Boracay

Adios..
:)