Instagram

Thursday, January 10, 2013

H.A.R.A.P.A.N 2013

Salam..
arini genap sepuluh hari di tahun baru ( january 2013 )..
aku masih belum pasti lagi dengan apa yang aku nak..
apa harapan aku utk tahun baru ni..
tahun 2012 meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi aku..
aku rasa seperti hidup aku ni hancur..
hati disiat2..mmg perit..
dugaan datang bertimpa timpa..
lepas 1 datang lagi 1 masalah yang lain..
arghhhhh...aku rasa macam orang gila..
otak aku semak, fikiran bercelaru..

aku rasa seperti nak mati..
tp mujur, akal aku masih lagi waras..
aku cuba selesaikan semua masalah aku dgn cara yang paling baik..
biasalah, tidak semua yg kita rancang akan berjaya..
takpe, anggap sebagai pengalaman..

aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan yg turun di tengahari..
aku sangkakan bermulanya tahun baru, bermakna bermulalah episod baru dalam hidup aku..
semuanya nampak sempurna di awal tahun..
tapi, nampaknya aku harus bermain dgn emosi aku sekali lagi..
arghhhh...aku rasa seperti hidup ini tidak adil bagi diri aku..
kenapa semua ni berlaku disaat2 aku mula nak menikmati nikmat hidup selesa..
takpe, aku anggap ini semua sebagai cabaran hidup..
ye mungkin aku nampak seperti hanyut, hilang arah..
tapi, aku akan bangkit..untuk mendapatkan HAK aku semula, nikmat hidup aku semula..

aku takkan membiarkan duit menghantui hidup aku, biar aku plak yg akan menghantui duit itu sendiri..
fuhhh.......aku memerlukan sokongan utk kembali bangkit..
hello! ana bangkit!!! aku seorang yang bercita2 besar..angan2 aku besar..cita2 aku tinggi..
takpe..slowly....slowly aku akan bangkit...
aku berharap MAK aku tabah..adik beradik aku tabah,,ni semua baru ujian kecil buat aku dan keluarga...tuhan takkan menduga umatnya dengan perkara yg x mampu utk dihadapi..
 pahit akan manis akhirnya..jadikan masalah tu sebagai cabaran hidup..
aku akan berusaha untuk menjadi yg terbaik..

untuk itu aku bermula dengan ini Lilly Roses Shawl COllection
aku berharap ianya akan berjaya..
memang pada mulanya nampak susah..tp xkan ada kejayaan datang bergolek tanpa kita berusaha..
Amin...aku berharap berkat doa orang tua, aku akan berjaya dengan apa yg aku usahakan..
Amin......

buat MAK, mak masih ada anak2 yang amat menyayangi mak..
love u Datin Nuraidah Harun...sayang mak banyak2 ..


kata-kata yang selalu aku guna utk menaikkan semangat aku






XOXO
Anna Hashim

No comments:

Post a Comment

bg laluan yang cun komen dulu!..=,='