Instagram

Monday, March 7, 2016

5 ways to heal your broken hearted

i tulis ni melalui pengalaman i putus cinta dulu. lain orang lain cara dia handle broken hearted. after few broken hearted yg i lalui. 5 ni antara cara yang terbaik utk ubat kesedihan tu. :)
ingat, setiap masalah ada cara penyelesaiannya.. cuba pandang sesuatu masalah tu daripada sudut yang berbeza sebab semua tu pasti akan berlalu.
good luck girls!

POSITIVE
Saat macamni memang keadaan emosi kita tidak menentu. Kadang2 kita boleh gelak dan kadang2 kita boleh menangis. Kerana kita terlalu memikirkan perkara yang sudah terjadi. Jadi please stay positive. Kalau boleh banyakkan membaca buku-buku motivasi. Yang paling penting kembali pada tuhan. Insyaallah kau akan tenang setenang nya. Ini adalah ujian daripada DIA untuk kau lebih dekat padaNYA. Menangis lah puas2, jika itu cara yang boleh mengurangkan kesedihan.

AKTIFKAN DIRI
Inilah masa yang sesuai untuk kita lakukan semua aktiviti2 yang kita suka! Bagi yang sukakan aktiviti lasak “adrenaline rush” di Malaysia ada banyak tempat2 yang boleh dilawati. Google sahaja, nahhh semua info terhidang didepan mata. Semua berada dihujung jari. Bagi yg sukakan pulau, di Malaysia ada banyak pulau2 yang cantik drpd semenanjung hingga lah ke sabah & Sarawak. Yang sukakan hiking boleh try join group hiking. Mana tahu mungkin kita akan bertemu kawan baru. Jangan takut untuk berkawan semula J kita semua berhak untuk hidup gembira.

ME TIME
Inilah masa untuk kita lebih mengenali diri sendiri. Manjakan diri kita dengan perkara2 yg membawa kebaikan. Apa yang kurang kita perbaiki.window shopping, manicure pedicure, SPA SPA & SPA manjakan diri dengan urutan yang menyegarkan badan, body scrub. Percayalah bila badan kita cergas, bersih da lawa keyakinan diri kita juga akan meningkat. Sedikit sebanyak dapat mengubat luka dan lara hati tu. It works!

TRAVEL
Nah, jika dahulu mungkin pergerakan agak terbatas. Inilah masa yang paling sesuai untuk travel. Explore dunia luar. I sendiri mengaku, I start travel masa I putus cinta dulu hehehehe. I travel selama 3 minggu! I gunakan jalan darat. Masa tu baru kita tahu tahap kemampuan diri kita yang sebenar. Jangan travel sendirian. Nanti jiwa akan semakin lara. Kalau boleh biar berteman J

FAMILY & KAWAN

Hilang kekasih tidak bermakna kita juga hilang keluarga dan kawan2. Tebus semula masa-masa kita yang hilang bersama mereka. Percaya lah hanya mereka yang dapat mengubati hati kita. Lakukan aktiviti bersama-sama. Luahkan segala masalah dan kesedihan kepada mereka. Sekurang-kurang nya masih ada bahu untuk kita bersandar dan masih ada insan yang sanggup mendengar dan berkongsi rasa kesedihan bersama-sama. J good luck girls!

2 comments:

  1. Setuju dgn semua tips di atas. Putus cinta tak bermakna dunia ini terus kiamat. Muhasabah diri dan percayalah ada yang lebih baik menanti di hadapan sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan zilla,Insyaallah hikmah dia besar 😊😊

      Delete

bg laluan yang cun komen dulu!..=,='