Contributors

Thursday, October 27, 2011

perasaan wanita! lelaki WAJIB baca..

salam manis haibeautiful. harini kita bercerita pasal perasaan wanita..
org lelaki mmg WAJIB baca entry ni..
selami hati wanita, anda pasti akan mengerti =)


No. 1
Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis
di dalam hatinya.

No. 2
Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

No. 3
Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang
orang yang paling dia
sayang(sebab tu ramai wanita yang patah hati bila
hubungan itu putus di
tengah jalan).

No. 4
Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang
lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

No. 5
Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke
dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

No. 6
Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau
macam mana nak
menerima pujian.

No. 7
Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu
separuh mati, tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu
bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa
saja.

No.8
Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu
selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu
masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur
dia perlahan-lahan.

No.9
Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati
mereka.

No. 10
Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni
langsung tak berguna.

No. 11
Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

No. 12
Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam
memberikan respon positif, misalnya menghubunginya
melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh
seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai
sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita
tersebut.

No. 13
Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.
Jadi jangan senyum
sebarangan.

No. 14
Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan
dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu
dengan lebih mendalam.

No. 15
Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap
kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat
denganmu.

No.16
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu
atau menunggu
panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

No. 17
Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya
dia sendiri!!

No.18
Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering
tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

No.19
Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

No.20
Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama
yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

No.21
Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya
tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di
tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

No.22
Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan
harinya.

No.23
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa
dan lalui.

No.24
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan
mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling
cantik.

No.25
Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan
kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

No.26
Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan
mereka sepenuh hati..

No.27
Senjata wanita adalah airmata!!

No.28
Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya
mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar
kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan
ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

No.29
Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat
tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak
memikat wanita pandai-pandailah...

No.30
Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang
dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



No.31
saya belum fikirkan lagi, nanti da fikir baru saya updated disini..kah kah kah kah

No comments:

Post a Comment

bg laluan yang cun komen dulu!..=,='