Contributors

Thursday, October 27, 2011

man VS love?


salam manis haibeautiful semua....
pernah tak korang terfikir pasal hati lelaki?
kalau x pernah cuba check entry ni..
jeng jeng jeng.......

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang
lelaki,yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan
romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang
dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami
adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa
wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya,
seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki
terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.

Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka.
Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari
pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat
membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan
menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaannya pasti tidak akan melayan perempuan
lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan
kekasih atau isterinya.

No comments:

Post a Comment

bg laluan yang cun komen dulu!..=,='