Contributors

Thursday, February 20, 2014

Food from All over Shah Alam : Gangnam Station, Laman Seri Shah Alam.

Assalammualaikum..
nampaknya kalini tuan belog agak rajin nak updated entry baru.
kalini jom kita Jalan-Jalan cari makan.

biasanya weekend memang aku masak.
cakap je nak makan apa.
semuanya akan aku usahakan. tapi last week, mood agak malas.
ditambah plak dengan cuaca yg panas..heeyyyy tak kuasa aku nak masak wei!

seperti yang sedia maklum. aku stay Shah Alam ( I love Shah Alam ).
so JJCM of course dekat Shah Alam.
kat sini ada macam2 restoran. ingat bangsar,ampang,ttdi je ke yg org dok sibuk promote makan sedap sedap sedap..hellooo..Shah Alam pun ada hokey.

oleh kerana aku minah K-POP ( la sangatttt!!! ),
meh le kite cari makanan Korea.
nama restoran ni Gangnam Station.
location di Laman Seri Shah alam
berdekatan dengan kolej ptpl tu.
kalau tak tahu sila google, jangan malas...kasi cargassss sket!


*mintak maaf, aku lupa sangat2 nak snap isi dalam menu ni.

selepas puas membelek menu, sambil membayangkan apakah & mcmana rasa hidangan yg aku pilih ni.
aku dengan P's sepakat memilih menu set utk 2 orang, add on tteokbukki ( kuih beras ) . lagipun menu2 ni semua aku biasa tgk kt tv masa tengok drama kesukaan. *currently aku ngan follow drama "my love from another star". malam ni (rabu) ep18 :)

yg gambar bawah ni, adalah Side Dish. boleh refill sebanyak mana yg korang suka. FOC..diulangi FOC :)
dont worry semuanya sedap. even tekak aku yg cerewet ni pun boleh terima uolls..kimchi? tadak hal..aku telan je semua. hehehehee




close up sikit gambar. daripada kiri : brocolli steam with sambal pedas+masam, fish cake (yg ni sedaaaaaaap gile,aku refill satu kali), kimchi,jeruk,sayur dan kerang yg disiram dengan sambal cili pedas+masam.




ice lemon tea, da termasuk dalam set menu yg aku order. nak tau gak ke rasa dia mcmana? rasa teh la..ape lagi.



steam rice, nampak je sikit tapi tak larat aku nak habiskan. beras korea ni mmg banyak kanji, sebab tu makan sikit je da kenyang. ala mcm beras wangi thai tu..:) cuma beras ni agak gemok2 sedikit.


 Beef Stew ( Bulgogi ), seriously memang sedaaaaap sangat, highly recommended utk ni, memang cukup rasa,rempah,garam,gula,pedas...semuanya cukup..diulangi, aku ni memang cukup cerewet kalau melibatkan rasa makanan. kalau aku masak sekalipun, aku akan pastikan rasa masakan aku tu cukup garam,gula semua.
eh, aku tak taulah nak cakap mcmana..hahahhaa pendek kata, korang patut cuba daging ni. oh, daging ni mmg lembut..aku terkejut tgk potongan daging ni walaupun dihiris nipis2, tapi potongan dia besar2, yang bestnye tak perlu bekerja keras utk kunyah untuk bagi lumat..nenek gigi pelsu pun boleh makan uolls...faham tak maksud aku tu mcmana?





benda paling teruja yg aku nak makan adalah benda alah ni, Tteokbukki ( kuih beras ), biasanya aku tengok kt dalam drama kpop tu,(nampak sedap!) diaorang dok makan ni sambil berdiri masa habis sekolah. diaorang makan cucuk guna lidi jerk :) yang jual plak ahjumma naik lori,ala serupa mcm lori jual steamboat kt tepi2 jalan tu..korang cuba bayangkan ok?
rasa dia? rice cake ni agak kenyal. tapi aku suka. kuah dia plak masam & pedas. aku rasa dia campur kimchi sekali dalam kuah rice cake. aku tak tau kenapa mesti dihidangkan dengan telur rebus. so, jangan tanya aku. hehehe




 dalam pada perut aku senak nak habiskan semua makanan tup2 diaorang hantar plak sotong pedas ni. ( da termasuk dalam set menu yg aku order ) portion dia besar. tak mcm untuk 2 orang makan pun..huhuuu octopus ni pedas, again..rasa masakan korea ni macam lebih kurang sama jerk..octopus ni gemuk2 bila aku gigit berjuicy okeyh..makan smbil pejam2 mata la....*over!




gambar keseluruhan..hahahaha masa ni da tak larat nak habiskan semua :) org kata jangan membazir..so kita tapau :)




decoration dalam kedai yg sempat aku snap :) suasana ok..masuk2 jerk terus nampak ada TV dekat bahagian hujung, tengah tunjuk RunningMan, tapi sayangnya lagu2 yg diputarkan adalah lagu band indonesia jiwang2 (yang aku suka dengar)..kalau lagu korea kan best..barulah betul2 macam ada di korea :)




dekat dinding ada gambar owner aku rasa beserta ramuan utk bulgogi ni :)






overal, aku berpuas hati..kerana makanan yang dihidangkan menepati piawaian tekak aku. aku memang agak cerewet bab makan. amboi belagak sangat kan? hahahaha pelayan restoran jugak bagus, layanan yang diberikan juga tip top. oh, aku memang tidak dibayar apa2 atau dapat apa2 kepentingan untuk ads kt belog buruk aku ni. semuanya atas dasar SUKARELA. :)

sekiranya korang penduduk shah alam, yang teringin nak makan makanan korea, apa salahnye berkunjung ke restoran Gangnam Station yang terletak di Laman Seri Shah alam ( berdekatan sengan restoran laman grill kepunyaan juri masterchef ) .harga yang di tawarkan bagi aku amat berpatutan dengan portion yg dihidangkan. sekali sekala apa salahnye makan diluar ye dak?


aku bagi 4 bintang :)



Alamat Gangnam Station :

G36, Block 5, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40000 Shah Alam.

Contact No : 019-273 7753

9 comments:

  1. Aku pernah dengar pasal kedai ni tapi tak sempat lagi nak pergi. Asal tak amek bulgogi. Boleh kasi grill sikit. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheee next time aku amik bulgogi ye sayang..ahahahaaa

      Delete
  2. thanks :) insyaallahsaya akan jenguk blog awak :)

    ReplyDelete
  3. salam.. dekat gangnam ni awak amik set yg rm52 tu ehh.. yg utk 2 org tu.. yg daging tu stew ka bulgogi ? TQ

    ReplyDelete
  4. Salam sis.. nak tanye la.. kat kedai ni ade logo halal or any evidence yang kata halal ke? Sebab saya tau owner dia melayu.. tetapi saya still nak cr kedai KOrea yang terbukti halal.. banyak kedai korea cm takde tanda halal..thanks. Entry yang bagus anyway!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik noor, sebelum itu saya nak bertanya, restoran yang awak selalu pegi untuk makan tengahari ada tanda HALAL tak? wlupun owner dia orang Melayu..takde bukan? again, HALAL tidak wajib untuk diapply di malaysia, akan TETAPI jika ada COP HALAL orang lebih yakin untuk makan. lagi2 jika owner dia tu MELAYU ISLAM. jika LOGO HALAL itu wajib bg setiap kedai makan dimalaysia, saya percaya owner Gangnam Station ni sudah lama mendapatkan LOGO HALAL. lagipun Syarat Sah untuk HALAL bukan setakat kepada bahan mentah yang digunakan, akan tetapi merangkumi dalam semua aspek, seperti Kebersihan.:)

      Delete
  5. Replies
    1. masa saya pergi around RM50++ rasanya. maaf saya dah lupa :)

      Delete

bg laluan yang cun komen dulu!..=,='