Contributors

Monday, January 6, 2014

Roti Canai & Parpu Daging

Salam semua :)
Monday blues ke arini?
aku ok sajerk..
baru hari isnin aku da fikir weekend ni nak masak apa.
mcmnilah klu org yg anti sosial..kih kih kih

biasalah aku kan.
asal weekend je ada projek masak2 makan2..
so korg tau lah kenapa berat aku naik 5kg!
huh!!! aku kena DIET daripada skrg..

ok, weekend aku ada buat Roti Canai.
rupanya senang gile ko nak buat roti canai tu, guna 4 bahan jerk.


ROTI CANAI

1 cawan air
2 sudu susu pekat
1 sudu garam
tepung gandum - letak sedikit demi sedikit smpai jadi doh.


*Cara-cara membuat doh.

Step 1 :

Adunkan bahan2 diatas sehingga menjadi 1 doh yg besar. klu korg rasa adunan korg keras, xpe biarkan dulu. lumurkan doh tersebut dengan marjerin/butter. cover dengan plastik & rehatkan selama 1 1/2 jam dalam suhu bilik.
seperti contoh gambar kt bawah ni.

dapat doh sebesar ni.
 Step 2 :

bila da rehatkan dh selama 1 1/2 jam, bentukkan adunan kecik2 seperti gambar kt bawah ni, lumurkan dengan marjerin/butter. rehatkan semalaman. letak je dlm suhu bilik. jgn letak dlm peti.

masa aku bentukkan bulat kecik2 ni, aku rasa doh aku mcm keras n liat sket. tp takpe korang, biarkan jerk..sebab nanti doh korang akan jadi lembut sangat, bila da lumur n rehatkan doh ni. :)


 Step 3 :

 aku tak tunggu semalaman pun, lepas 2-3 jam, aku terus check doh aku, n canaikan dia mcm yg aku tgk kt kedai mamak tu..tp aku x pandai nk "menebar" tepung tu..hahahahaaa...aku buat mcm kt gmbar bawah ni..jadi lah kan...


 aku masak guna Non stick pan brand Tefal ni jerk..
nak masak roti canai kena guna minyak yg byk..hahhaaaa mcm aku letak sket jerk..


 yg bawah ni, aku letak inti cheese..ikot suka korang nak buat mcmana pun...
hasilnya mmg sedap :) mgkin x sama mcm kt kedai mamak tp rasanya mmg uuummppphhh.....
makan plak ngan Parpu Daging...lagi uuummppphhhh!!!!!!



Next Entry aku share resipi Parpu daging plak ye...
mesti ramai yg tak tau..hahhahaaaaa

No comments:

Post a Comment

bg laluan yang cun komen dulu!..=,='