Contributors

Monday, January 13, 2014

PIZZA & GEMOK

korang jangan gelak bila baca tajuk entry ni.
aku masuk tahun 2014 ni mmg dapat sejenis penyakit.
penyakit rajin Masak.
so korang takyah la tanya lelebih kenapa badan aku naik 5kg.
mmg da gemok
sungguh aku tak tipu.
badan kita, kita sendiri dpt rasa perubahan even x timbang.
peha mula besar,perut mula besar, seluar da ketat, kain pun da ketat,jalan mudah penat, swimming sikit pun da termengah mengah, baju pun da sendat!!
dalam dok sibuk bebel gemok gemok gemok
tapi tangan aku tak habis2 memasak, otak aku tak habis2 dok fikir resipi, mulut aku tak berenti makan makan makan.

minggu ni, minggu rajin utk aku.
hari jumaat aku dinner Roasted Pumpkin Chicken Salad with walnut lemon dressing jerk. al-hamdulillah kenyang..minum air zam zam. konon nk start diet! puuiihhhhhh!!!!

hari sabtu P's masak Kari ayam. plan asal nak masak Kambing, tp x jumpa daging kambing yg elok.
pagi sebelum makan kari kambing aku breakfast french fries jerk.
petang aku keluar jumpa kawan dari sabah. so makan plak kat Sushi King..hahaha padahal da makan nasi kari ayam 2 kali sebelum keluar. cissss...

lepas makan Sushi King, gi layan dessert plak kat Bens Pavilion..ciss Berry Pavlova plak da habis..melepass..
hahahaha mulut komplen Gemok tp mulut ni jugak la yg x berenti sumbat macam2..hehehe

hari ahad plak aku buat Pizza. gigih ko aku buat dough pizza.
senang jerk buat dia, nanti aku share resipi.
pagi smpai malam aku makan pizza..
drpd yg tebal smpai la yg yg crispy..hehehehe :)

so, conclusion dia..janganlah bagi aku tgk resipi yg simple n senang aku buat.
confirmmmmmmmmmm aku terjebak punya..
huhuuuu..now aku gigih nak kurusssssssssssssssssssssss semulaaaa..
tapi aku nak makan banyak2..
aku tak percaya sangat produk2 pelansingan ni.

apa yg aku amalkan, malam jgn makan nasi, breakfast kena banyak like a king TAPI,
jgn la ko makan makanan yg byk minyak, lemak n etc etc
lunch, makan biasa2 jerk..
senam senam senam...

doakan aku tabah ye...
kena biasakan perut aku malam jgn makan nasi
uhuhuuuuuuu....

Roasted Pumpkin Chicken Salad witk lemon Walnut dressing.

Salsa

Kari Ayam

pizza w/o cheese, roti dia tebal sket :)

Pizza..topping dia aku letak, Sos prego yg aku masak ngan daging kisar + salsa + cheese :)

ok, meh tgk gambar aku sebelum & selepas menternak Lemak :)


gambar ni masa bulan 9 tahun lepas.

SEPTEMBER 2013


gambar masa aku pegi sabah awal bulan 11 tahun lepas.

NOVEMBER 2013


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........
January 2014 :'(
muka bulat mcm pau
badan da mcm nangka
punggung besar
peha da gebussss
sobbbssssssssssssssssssssss....
aku nak kurus balik.
doakan aku ye kawan2...
mimpi ngeri aku berulang kembaliiiiiii
mcm entry yg lepas ni KLIK SINI


JANUARY 2014



pagi ni aku cuma makan biskut petak empat segi + nescafe just utk dip bukan utk minum.

p/s : biskut pun salah satu punca gemok ye kawan2... sobbbssssssss...DIET bukan bermakna Kita TAK PERLU MAKAN. salah tu....
aku skrg tgh berusaha utk diet seimbang. kena CEKAL utk mulakan DIET yg seimbang.

WISH ME LUCK!

Wednesday, January 8, 2014

Parpu Daging

Seperti yg aku janjikan, aku akan share Resipi Parpu Daging.
resipi ni ,resipi mak P's.
hehehhe aku belajar makan kari dengan P's.
kalau mak P's masak kari kambing..walawehhhhhhhh...sedap ya ampun..

so, cepat amik pen & kertas.
salin ye.


Bahan - Bahan

parpu ( kacang Dhal ) - 50 sen
bawang putih - 6 ulas
halia - seinci



3 bahan atas tu rebus sekali sampai parpu hancur kalau ada daging rebus sekali dgn daging lebih kurang 2 jam dengan api yg paling kecik sekali.
 

untuk tumis ( gunakan periuk yg lain.)

bawah merah - sebijik
herba campur - 1 sudu
serbuk kari babas - 2 sudu

panaskan minyak ( minyak guna sedikit utk menumis sahaja )tumis sampai pecah minyak.
 
masukkan parpu yg da direbus sekali dgn semua air rebusan.
 
masuk santan. santan sikit je. dalam 1 senduk kecik.
 
kemudian masuk segala ubi, carrot, terong and asam keping. tunggu sampai masak.

boleh masuk tomato untuk rasa masam2 manja.

pastu buh la garam. nak sedap sikit tambah kiub ayam or perisa makanan yg uols prefer.
pastu silalah makan dgn roti canai homemade
dahhhhhhhhhhhhhhhhh
 
* resipi ni aku copy paste chat aku antara P's :) P's bagi khas utk korang semua...
  
aku makan Parpu daging ni ngan nasi + sambal belacan..mmg meletopss uollss...
korg cubalah, mmg sodap... :)
 
 
oh, hampir terlupa. PARPU ni adalah KACANG DHAL :) hahahahaa 
 

nilah dia rupa PARPU .... yg biasa kt kedai mamak or restoran yg jual roti canai tu aku tak gemar sebab warna yg suram, & rasa dia x sedappppppppp.....

Monday, January 6, 2014

Roti Canai & Parpu Daging

Salam semua :)
Monday blues ke arini?
aku ok sajerk..
baru hari isnin aku da fikir weekend ni nak masak apa.
mcmnilah klu org yg anti sosial..kih kih kih

biasalah aku kan.
asal weekend je ada projek masak2 makan2..
so korg tau lah kenapa berat aku naik 5kg!
huh!!! aku kena DIET daripada skrg..

ok, weekend aku ada buat Roti Canai.
rupanya senang gile ko nak buat roti canai tu, guna 4 bahan jerk.


ROTI CANAI

1 cawan air
2 sudu susu pekat
1 sudu garam
tepung gandum - letak sedikit demi sedikit smpai jadi doh.


*Cara-cara membuat doh.

Step 1 :

Adunkan bahan2 diatas sehingga menjadi 1 doh yg besar. klu korg rasa adunan korg keras, xpe biarkan dulu. lumurkan doh tersebut dengan marjerin/butter. cover dengan plastik & rehatkan selama 1 1/2 jam dalam suhu bilik.
seperti contoh gambar kt bawah ni.

dapat doh sebesar ni.
 Step 2 :

bila da rehatkan dh selama 1 1/2 jam, bentukkan adunan kecik2 seperti gambar kt bawah ni, lumurkan dengan marjerin/butter. rehatkan semalaman. letak je dlm suhu bilik. jgn letak dlm peti.

masa aku bentukkan bulat kecik2 ni, aku rasa doh aku mcm keras n liat sket. tp takpe korang, biarkan jerk..sebab nanti doh korang akan jadi lembut sangat, bila da lumur n rehatkan doh ni. :)


 Step 3 :

 aku tak tunggu semalaman pun, lepas 2-3 jam, aku terus check doh aku, n canaikan dia mcm yg aku tgk kt kedai mamak tu..tp aku x pandai nk "menebar" tepung tu..hahahahaaa...aku buat mcm kt gmbar bawah ni..jadi lah kan...


 aku masak guna Non stick pan brand Tefal ni jerk..
nak masak roti canai kena guna minyak yg byk..hahhaaaa mcm aku letak sket jerk..


 yg bawah ni, aku letak inti cheese..ikot suka korang nak buat mcmana pun...
hasilnya mmg sedap :) mgkin x sama mcm kt kedai mamak tp rasanya mmg uuummppphhh.....
makan plak ngan Parpu Daging...lagi uuummppphhhh!!!!!!



Next Entry aku share resipi Parpu daging plak ye...
mesti ramai yg tak tau..hahhahaaaaa

Friday, January 3, 2014

Resipi : Lemon Cheese Cake with Raspberry Topping / Walnut Topping ( NO BAKE )

 Sila cuci mata dulu..yg atas ni topping raspberry, yg bawah tu walnut. dua2 sedap...pergghhhhh




250g Butter
250g cream cheese 
1/4 susu pekat ( ikot suka berapa banyak )
1 biji Lemon
biskut marie
walnut

* NOTE : utk bahan2, terpulang pada korang nak ubah mcmana..ikut suka hati, sebab utk topping raspberry aku guna 2 biji lemon ( rasa masam yg pekat! ), utk topping walnut aku guna 500g cream cheese & 1 biji lemon size agak besar. topping pun ikot suka hati korang.


Step 1 :  

pecahkan biskut marie.
parut kulit lemon ( jgn smpai parut kulit putih, nnt pahit )
tumbuk kasar walnut


Step 2 : 

Panaskan butter, terus gaul bersama biskut marie serta walnut.
letak biskut marie yg dah dicampur dgn walnut ke dalam loyang, tekan sikit, ikot suka nak tebal mana..mcm aku buat nipis jerk.

Step 3 :

Cream cheese + lemon +parutan kulit lemon + susu pekat, pukul smpai sebati guna handmixer. korang rasa la klu terlebih lemon, letak susu byk sket. pandai2 korang adjust rasa mcmana. kita yg buat dia, bukan dia yg buat kite..hehehehheeeee ,bila da settle terus letak dlm loyang yg da diisi dgn biskut marie+walnut.
simpan dalam fridge selama 2 jam.

selepas 2 jam, boleh letak topping. ikot suka hati nak letak apa.
mcm aku, aku letak raspberry / walnut.

simpan semalaman dlm fridge.
hasilnya? mantoppppppppp...

selamat mencuba ye....


Wednesday, January 1, 2014

Sayonara 2013 Welcome 2014

Wishlist 2014

1. Kumpul duit banyak2. cth : Investment,Asb,Tabung Haji

2. Langkawi

3. Pulau Perhentian

4. Krabi

5. Bercuti bersama Family

6. Kereta baru :)

7. Renovate rumah

8. Mabul

9. Belajar Tarannum

10. Kelas muzik & Renang ( utk amik lesen dive )

11. The Shorea

12. masuk kelas bakery :)


Wish Me Luck!!! hopefully 2014 tahun bertuah utk aku. Amin...